Takdir Cinta 4

otakku kosong. tiada punca.

di luar, mercun dum dam dum dam berbunyi, tanda tahun baru sudah tiba. tapi aku, masih lagi menekan papan keyboard Toshiba milikku. minda, giat berfikir. kenangan, sedang kuat mempamerkan foto-foto terindah. hati, berbisik rindu. jari, lembut menari mencari alphabet yang di ingini. aku biarkan saja diri berpuisi sendiri, tidak mahu ditegah, mungkin cara untuk menenangkan diri.

kali ini, aku benar-benar sentap. mungkin sudah tidak terdaya lagi. tidak larat menanggung derita, sengsara seorang diri. cinta ini sakit. jangan kalian dekati, selagi belum tiba masanya lagi. kerna kelak pasti akan menyesal nanti.

mungkin takdir cinta kita sebegini. usah di renung lagi, kerna ini yang kau mahukan sejak dulu lagi.

baiklah, aku kalah. akhirnya, aku terima. biar terseksa dan derita, aku memilih untuk melaluinya detik ini, dari terus memendam rasa hingga tak sudah. biarpun bersahabat itu pilihan kamu sendiri, namun kamu gagal untuk bertindak sedemikian rupa. masih tidak dapat membezakan lagi rupanya tentang kisah bersahabat.


لا يؤمنون أحادكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

aku sakit. sungguh. hatiku kini terguris dek kata-katamu. perasaanku di hiris halus. makin di sapu ubat, bertambah teruk luka itu. parutnya pasti kekal lama.

2011, sudah meninggalkan kita. tandanya, segala kenangan yg terindah hanya tinggal di ingatan. dan mungkin, ada yg terkesan di hati. aku benar-benar menghargai setiap detik. andai boleh diputarkan waktu, sudah lama aku berbuat demikian.

kau kata, kau ingin berbaik. namun, adakah tindakan kau seiring dengan kata-kata yang dilafazkan? benar, aku tiada hak untuk menghukum. kerna aku sendiri tidak tahu apakah niatmu. takut nanti di tuduh sukzon, walhal sudah puas untuk berhusnuzon.

setahun yang lalu, saat ini kita sedang berkenalan. bertanya azam, mengenal hati budi juga latar belakang. namun, cepat benar masa berlalu. pejam celik, banyak yang sudah berubah. sedangkan rambut boleh bertukar warna, inikan pula hati manusia.

terima kasih untuk segala yg terindah. benar, kali ini aku ikhlas dalam berlari. berlari jauh meninggalkan segala yang tak pasti. mungkin sudah tiba masanya kini, aku mengorak langkah untuk diriku sendiri. bukan kerana ingin membenci, tetapi pergi ku kini adalah untuk menunaikan hak dan janji. janji menjadi seorang hamba yang bervisi, anak yang berbakti, pelajar yang berdedikasi, dan pendebat juga pemidato yang berilmi.

andai masih ada lagi kisah nanti, takdir cinta ini pasti akan terus menambat hati.

p/s: ini adalah salah satu latihan untuk menulis novel. yup, hasil dari idea sahabat (sheikh asri), akan ku nukilkan suatu hari nanti. :)


andai mereka berdua ini yang menjadi pengubat segala duka, akan ku terbang ke sana sekarang jua. :) rindu aina dan amar. namun, kata seorang ukhti. jangan risau, Allah kan sentiasa ada. Alhamdulillah~syukur nikmat Iman dan Islam.


selamat ulang tahun yang pertama. selamat tahun baru 2012. selamat selamat dan selamat!

Salam.

Comments

  1. biarkan takdir berputar mengikut aliran penentu tkdir. semoga yang indah menjadi milik mu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP