Posts

Showing posts from February, 2012

PONDOK USANG

Image
namanya pondok usang. seorang demi seorang, penghuni yang dahulunya setia, dan yang terawal mendiami, keluar dari sini. aku tidak tahu mengapa, tiada lagikah cinta di hati. atau mungkin mereka ada sebab yang tersendiri. mungkin juga, itu seruan Illahi, ataupun ia alasan dibuat-buat sendiri. siapalah aku untuk menghalang, moga itu adalah keputusan terbaik untuk kamu-kamu semua.
kenapa pondok usang? kakak-kakak dan abang-abang yang menggelarkannya sebegitu. mereka orang lama, penghuni tetap. dari seawal tercacaknya tiang rumah, sehinggalah ke atap rumbia, juga ke pagar-pagar kayu. walaupun kadangkala mereka meninggalkan, tapi tidak bermakna mereka tidak akan pulang lagi.
ada ketika, mereka seakan mengintip, untuk mengetahui perkembangan semasa. adakala, mereka seperti tidak endah dengan masalah yang menimpa, walhal merekalah yang berusaha mencari penyelesaiannya, untuk memperbaharui pondok usang, walaupun dalam kesempitan wang, kegentingan masa, juga kekangan-kekangan orang atasan.
walaupu…

TAKDIR CINTA 5

Duhai kasih cuba kau dengarkan, bisik hati penuh kejujuran, dengan sepenuh keikhlasan, ku dambakan pengertian.
Jangan kau dengar fitnah dunia, kerna ianya dusta semata, menghancurkan kesucian, jalinan kebahagiaan.
Sebenarnya aku merasa, sinar cahaya yang gemilang, ketika kau beriku harapan.
Dan sering aku harapkan, cinta berlandas keimanan, dan kasih suci kitakan diberkati.
Ku cuba sedaya, agar dirahmati perhubungan yang telah terbina. Kerna pasti aku, yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu.
~MAHLIGAI KASIH _ UNIC~
*ade sentimental value tersendiri lagu ini.

DEBAT DIRAJA

Image
Melangkah bukan sebagai seorang pendebat, ada cerita di sebalik pemergian ini. namun, aku tidak kesal kerana ini ketentuanNya. pasti ada hikmah yang tersembunyi yang lebih indah. moga Allah rahmati, dan pengalaman itu antara yang terpenting.
cerita tentang debat diraja kali ini, aku sebagai pemerhati dan pembantu punya banyak pengalaman. walaupun baru 3 match yang bersidang, namun tiap-tiap saat itu amat berharga (in fact sidang last tersengguk-sengguk, hihi).
debat diraja, sekali ku ungkap nama ini ada 1000 kenangan yang tidak bisa aku lupakan. kerna ada cinta yang pernah berputik. bukan sengaja mahu membongkar cerita dahulu, tapi itu adalah antara saat manis yang pernah aku lalui. cerita tentang kau, aku dan dia. dan diakhirnya, cinta itu tertanam sebegitu sahaja. dengan mudah, dengan keadaan yang tidak pernah disangka-sangka. akhirnya, impian terkubur tikamana cinta tertanam.
kata orang, jangan diratapi kesedihan. aku tidak bersedih, cuma terkenang bibit-bibit kenangan terindah yang …

HUJAN DATANG LAGI

Image
Lihat, hujan datang lagi. setelah sekian lama menanti dan menunggu.
aku hanya melihat hujan turun dari jendela rumah. sejuk dan dingin sehingga menggigit tulang. seronok kalau dapat tidur, hati berbisik. melihat jam di tangan hampir bergerak ke nombor enam, aku padamkan sahaja niatku.
hujan sungguh lebat, ribut seakan mahu tiba. tapi mungkin tidak, kerna tiba-tiba hujan bertukar menjadi sederhana. fikiran lantas menerawang, melayang berfikir jauh!
kenangan bermain hujan tiba-tiba terlintas di fikiran. berlari, berpayung yang 1, baju habis basah! seronok, terasa kembali ke dunia ribena. gelak dan tawa itu, hadiah yang cukup bermakna. berebut payung, membawa plastik di tangan, dan kemudian bergerak ke cafe. mengambil keputusan untuk mengisi nasi ayam ke dalam isi perut. akhirnya, aku tersenyum sendirian di sebalik jendela.
tapi kini, tiada lagi semua itu. bila hujan hadir, tiada lagi sesiapa yang bermain dibawahnya. menyimbah air hujan, berebut payung, lencun baju terkena air hujan, kenang…

ANDA DIUJI? BERSABARLAH..

Image
'Tidak beriman seseorang selagi tidak diuji'
tatkala diri dihimpit dengan ujian yang meruntum jiwa, janganlah menyesali serta berduka lara sepanjang masa. sebaliknya, didiklah diri untuk bersabar. bantulah diri untuk meredhai segala yang menimpa. suburkan diri dengan keimanan yg tinggi padaNya.
setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. bersabarlah, jangan di ikut kata syaitan. percaya dan yakin pada Pencipta, yang mengetahui segala perjalanan kehidupan.
bila kita dilimpahkan dengan kenikmatan kejayaan dan kebahagiaan, jangan pernah sekali lupa untuk bersyukur! yang bersyukur, pasti akan ditambah. yang diuji, bersabarlah, beristighfar padaNya memohon keampunan. kerana kadangkala nikmat itu adalah sebuah ujian dari Allah!
mengadulah pada Dia Yang Maha Esa, yang mengetahui segala rencana kehidupan. mudah-mudahan dengan pengaduan dan pengabdian itu, Dia berikan kita ketabahan dan kecekalan. Dia tampakkan kita hikmah ujian. dan yang paling penting, moga Dia meredhai segala yang berlaku.
sa…