ANDA DIUJI? BERSABARLAH..

'Tidak beriman seseorang selagi tidak diuji'

tatkala diri dihimpit dengan ujian yang meruntum jiwa, janganlah menyesali serta berduka lara sepanjang masa. sebaliknya, didiklah diri untuk bersabar. bantulah diri untuk meredhai segala yang menimpa. suburkan diri dengan keimanan yg tinggi padaNya.

setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. bersabarlah, jangan di ikut kata syaitan. percaya dan yakin pada Pencipta, yang mengetahui segala perjalanan kehidupan.

bila kita dilimpahkan dengan kenikmatan kejayaan dan kebahagiaan, jangan pernah sekali lupa untuk bersyukur! yang bersyukur, pasti akan ditambah. yang diuji, bersabarlah, beristighfar padaNya memohon keampunan. kerana kadangkala nikmat itu adalah sebuah ujian dari Allah!

mengadulah pada Dia Yang Maha Esa, yang mengetahui segala rencana kehidupan. mudah-mudahan dengan pengaduan dan pengabdian itu, Dia berikan kita ketabahan dan kecekalan. Dia tampakkan kita hikmah ujian. dan yang paling penting, moga Dia meredhai segala yang berlaku.

saya cadangkan pada kalian agar menghayati bait-bait lagu ini. sini

bila diuji, tabahkan diri untuk terus tersenyum.
i'm done! do you? =')

p/s: ibu, maafkan along sebab tidak mampu untuk terus menjadi seorang anak yang tabah tatkala dilanda ujian yang hebat! terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia, tempat diadu tatkala dilanda keresahan. along akan cuba meneruskan sisa perjuangan ini! doakan alg, alg sayang ibu!

~fruitale si tabah!~ :")

Comments

  1. Innallaha mustaan
    Sesungguhnya Allah akn sentiasa memberi bantuan kepada hambaNya yang selalu meminta.Berdoalah yang terbaik untuk diri.
    Fruitale yang tabah,sayang awak:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!