DEBAT DIRAJA

Melangkah bukan sebagai seorang pendebat, ada cerita di sebalik pemergian ini. namun, aku tidak kesal kerana ini ketentuanNya. pasti ada hikmah yang tersembunyi yang lebih indah. moga Allah rahmati, dan pengalaman itu antara yang terpenting.

cerita tentang debat diraja kali ini, aku sebagai pemerhati dan pembantu punya banyak pengalaman. walaupun baru 3 match yang bersidang, namun tiap-tiap saat itu amat berharga (in fact sidang last tersengguk-sengguk, hihi).

debat diraja, sekali ku ungkap nama ini ada 1000 kenangan yang tidak bisa aku lupakan. kerna ada cinta yang pernah berputik. bukan sengaja mahu membongkar cerita dahulu, tapi itu adalah antara saat manis yang pernah aku lalui. cerita tentang kau, aku dan dia. dan diakhirnya, cinta itu tertanam sebegitu sahaja. dengan mudah, dengan keadaan yang tidak pernah disangka-sangka. akhirnya, impian terkubur tikamana cinta tertanam.

kata orang, jangan diratapi kesedihan. aku tidak bersedih, cuma terkenang bibit-bibit kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. bukan aku tidak berusaha untuk melupakan, cuma masih belum kuat dan belum tiba masanya.

mereka ini team junior, dan aku selaku pembantu. mungkin bantuan ku ada cacat-celanya, namun doaku sentiasa mengiringi kalian. moga-moga, ada impian dan harapan yang akan diraih. berdoalah pada Dia, semoga kita semua diberi kekuatan untuk esok hari. :) go go go! moga usaha kecil itu dipandang Allah. senyumlah, usah bersedih lagi.

sungguh kagum dengan usaha mereka. cita-cita yang diletakkan begitu mereka harapkan untuk diraih. berusaha dan yakin pada diri.! Allah sudah tetapkan segalanya kan? andai itu rezeki buat kalian, pasti ia akan tetap menjadi milik kalian. letaklah pengharapan pada Allah Yang Berkuasa. go go go! jangan bersedih, ceriakan hatimu kerna esok akan bertarung lagi. support from near! :)

with love,
fruitale si tabah. =)
USM 2012.

Comments

  1. Alhamdulillah...
    teruskan usaha dalam mengecapi kejayaan & juga pengalaman-pengalaman baru...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad