HUJAN DATANG LAGI

Lihat, hujan datang lagi. setelah sekian lama menanti dan menunggu.

aku hanya melihat hujan turun dari jendela rumah. sejuk dan dingin sehingga menggigit tulang. seronok kalau dapat tidur, hati berbisik. melihat jam di tangan hampir bergerak ke nombor enam, aku padamkan sahaja niatku.

hujan sungguh lebat, ribut seakan mahu tiba. tapi mungkin tidak, kerna tiba-tiba hujan bertukar menjadi sederhana. fikiran lantas menerawang, melayang berfikir jauh!

kenangan bermain hujan tiba-tiba terlintas di fikiran. berlari, berpayung yang 1, baju habis basah! seronok, terasa kembali ke dunia ribena. gelak dan tawa itu, hadiah yang cukup bermakna. berebut payung, membawa plastik di tangan, dan kemudian bergerak ke cafe. mengambil keputusan untuk mengisi nasi ayam ke dalam isi perut. akhirnya, aku tersenyum sendirian di sebalik jendela.

tapi kini, tiada lagi semua itu. bila hujan hadir, tiada lagi sesiapa yang bermain dibawahnya. menyimbah air hujan, berebut payung, lencun baju terkena air hujan, kenangan itu cukup bermakna. biar kau hilang di sebalik lautan, namun cerita ini tetap kekal di sanubari. bukti ingatan dan tanda kasih dari sahabat.

~hujan itu rahmat dari Tuhan. bersyukur.~

you never know how strong you are,
until being strong is the only choice you have

~fatin si TABah~

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad