PONDOK USANG

namanya pondok usang. seorang demi seorang, penghuni yang dahulunya setia, dan yang terawal mendiami, keluar dari sini. aku tidak tahu mengapa, tiada lagikah cinta di hati. atau mungkin mereka ada sebab yang tersendiri. mungkin juga, itu seruan Illahi, ataupun ia alasan dibuat-buat sendiri. siapalah aku untuk menghalang, moga itu adalah keputusan terbaik untuk kamu-kamu semua.

kenapa pondok usang? kakak-kakak dan abang-abang yang menggelarkannya sebegitu. mereka orang lama, penghuni tetap. dari seawal tercacaknya tiang rumah, sehinggalah ke atap rumbia, juga ke pagar-pagar kayu. walaupun kadangkala mereka meninggalkan, tapi tidak bermakna mereka tidak akan pulang lagi.

ada ketika, mereka seakan mengintip, untuk mengetahui perkembangan semasa. adakala, mereka seperti tidak endah dengan masalah yang menimpa, walhal merekalah yang berusaha mencari penyelesaiannya, untuk memperbaharui pondok usang, walaupun dalam kesempitan wang, kegentingan masa, juga kekangan-kekangan orang atasan.

walaupun aku juga adalah penghuni yang baru, yang masuknya ke pondok ini diundang, tanpa paksaan. lama kelamaan, aku juga menanam cinta pada pondok ini. biarpun aku hanya duduk di bilik yang biasa-biasa, tidak mustahil suatu hari nanti aku juga boleh duduk di 'master-room'. :)


Alhamdulillah. kini, aku gambarkan ia tidak lagi usang. kerana sudah dicat dengan cat yang berkualiti dan cantik, telah diubahsuai menjadi pondok yang antik, telah di bersihkan dengan sabun 'Dynamo', dan telah dipagari dengan besi-besi yang menjadi penahan, tidak alah dengan udara dan air, yang mengakibatkan karat. (motif? hihi)

segalanya berubah, kerana usaha yang bersungguh-sungguh, keyakinan yang meninggi, keazaman yang jitu dan kerana kepercayaan kepada rezeki Illahi. orang yang tidak pernah mengecapi kejayaan, bukan bermakna tidak layak untuk meraih. yang bezanya, usaha dan rezeki. :)

moga-moga, mereka-mereka sudi untuk melawat dan menziarah ' pondok antik ' ini lagi nanti. biarlah tidak menghuni lagi, asalkan bertanya khabar. kerna aku yakin dan pasti, jauh di sudut hati, masih sayang dengan cinta yang pernah tertanam. yang ditanam, dibaja, dengan tangan sendiri. kan kan kan? :)

p/s: syukur. segalanya telah ditakdirkan oleh Dia. dan ini yang terbaik, untuk membuka mata-mata mereka diluar sana, juga untuk kesungguhan dan usaha yang telah dilakukan. tidak lagi menjadi pondok usang, kerana sudah menjadi 'pondok antik'. hihihi (sesuke je tukar)

NAIB JOHAN. Debat Perdana Integriti 2012
TAHNIAH : Adib, Afifah, Wan Zai, Nadzely

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad