TAKDIR CINTA 5

Duhai kasih cuba kau dengarkan,
bisik hati penuh kejujuran,
dengan sepenuh keikhlasan,
ku dambakan pengertian.

Jangan kau dengar fitnah dunia,
kerna ianya dusta semata,
menghancurkan kesucian,
jalinan kebahagiaan.

Sebenarnya aku merasa,
sinar cahaya yang gemilang,
ketika kau beriku harapan.

Dan sering aku harapkan,
cinta berlandas keimanan,
dan kasih suci kitakan diberkati.

Ku cuba sedaya,
agar dirahmati perhubungan yang telah terbina.
Kerna pasti aku,
yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu.

~MAHLIGAI KASIH _ UNIC~

*ade sentimental value tersendiri lagu ini.

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad