Posts

Showing posts from March, 2012

-NOTA RINGKAS-

Image
nota ringkas ini adalah kesinambungan dari entry menelan hempedu.--> sini
moga kita semua terus kuat, melayari badai samudera. biar ombak memukul pantai, biar guruh berdentum di atas, namun kita masih perlu untuk bersyukur keatas segala nikmat yang telah dilimpahkan. tekadkan hati, agar sentiasa istiqamah dengan jawapan yang dicari. bulatkan hati, agar diri tidak goyah walaupun ditumbuk bertubi-tubi.
selamat hadir ke dunia baru sayangku. kita adalah insan terpilih. bersyukurlah, dan sentiasa panjatkan doa kepadaNya agar kita ketemui hikmah disebalik ujian.
doaku, moga kita sama-sama meraih kejayaan dan kebahagiaan, dan mencapai apa yang di impikan kelak. :)

MENELAN HEMPEDU

Image
kerna aku sendiri yang memilih hempedu berbanding madu, maka mahu atau tidak, aku terpaksa menelannya. aku perlu untuk membiarkan hempedu masuk ke dalam perut ku.
walaupun hakikatnya, aku masih berpeluang untuk memilih buat kali terakhir. tapi entah mengapa, kerana impian yang pernah diukir bersama, aku masih lagi mahukan setiap impian itu terlaksana satu persatu. lumrah manusia, setiap yang dirancang, pasti mahukan ia menjadi realiti. namun, Allah lah sebaik-baik perancang.
tika ini, aku menghamparkan segala pengharapan dan keyakinan kepada Dia Yang Maha Esa. kerana aku yakin, dan masih lagi berkeyakinan, pasti akan ada kemanisan di sebalik segala keperitan dan kesusahan yang berlaku. aku sentiasa berdoa, agar aku diberi kekuatan dan ketabahan yang cukup.
moga-moga, kejauhan ini bakal membuahkan jawapan juga ketenangan buat diri insan-insan yang terluka.
bukan kerna aku tidak serik. bukan. bahkan bukan juga aku tidak lali digelar bodoh. aku lali dan bosan. tapi kerana sebuah cinta, aku p…

TETAMU ALLAH

Image
assalamualaikum. post ini khas untuk dia. untuk seorang teman, sahabat yang paling aku kasihi.
'kalau ditanya siapalah sahabat yang paling kau sayang, aku akan cakap kau fatin.'
terharu dan gembira. rupanya masih ada yang menghargai. rupanya, masih ada yang kisah. masih ada yang peduli. moga aku tidak tersilap pandang. moga aku tidak terleka.
athirah, aku mendoakan agar kau pergi dan pulang dengan selamat. agar kau mendapat ketenangan dan meraih hajat kau disana. aku, masih lagi di sini. aku juga ingin pergi, tapi mungkin bukan rezeki bersama-sama kamu. suatu hari nanti. doakan aku di sana. jaga diri baik-baik. sampaikan salam aku pada rasulullah. :))
kau telah sambut seruannya, (tapi bukan pergi menghadap illahi). kau tetamu Allah yang terpilih (tiru ayat leha). :) bukan dia, bukan mereka, bukan aku, tapi kau. maka hargailah dan bersyukurlah.
hati-hati sayang, i'll pray for you. pray for our frenship. will everlasting. :) uhibbuki fillah.
p/s : kau suka warna pink kan? so, aku h…

LEMBIK KERANA JODOH DAN CINTA

Image
Tidak dinafikan betapa Cinta adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan ini. Sungguh kita mengangkat cinta menjadi salah satu perkara yang sangat penting buat diri. Percayalah bahawa, sehingga dunia ini kiamat sekalipun, perbincangan berkenaan cinta tidak akan terhenti.Namun apa yang saya lihat merugikan adalah, keterujaan ini akhirnya membuahkan efek yang buruk kepada masyarakat, terutama dalam pembinaan kehidupan seorang remaja. Bahkan kadangkala, ianya memasuki teritori Aqidah, dan mengeluarkan pendapat tidak selari dengan Aqidah yang sepatutnya. Semua kerana mabuk dengan teori-teori cinta.Di sini, bukanlah cinta yang kotor sahaja bermasalah. Tetapi, cinta yang dianggap suci, menjaga syara’ pun,kadangkala membawa padah.Sememangnya yang terbaik adalah bersederhana.Keterujaan melampau tidak akan pernah membawa kepada kebenarannya.Itu ini Cinta. Itu ini Jodoh.Baru berbicara sebentar, dada berdegup kencang, jiwa sudah bertanya: “Apakah dia jodohku?”Baru berhubun…