MENELAN HEMPEDU

kerna aku sendiri yang memilih hempedu berbanding madu, maka mahu atau tidak, aku terpaksa menelannya. aku perlu untuk membiarkan hempedu masuk ke dalam perut ku.

walaupun hakikatnya, aku masih berpeluang untuk memilih buat kali terakhir. tapi entah mengapa, kerana impian yang pernah diukir bersama, aku masih lagi mahukan setiap impian itu terlaksana satu persatu. lumrah manusia, setiap yang dirancang, pasti mahukan ia menjadi realiti. namun, Allah lah sebaik-baik perancang.

tika ini, aku menghamparkan segala pengharapan dan keyakinan kepada Dia Yang Maha Esa. kerana aku yakin, dan masih lagi berkeyakinan, pasti akan ada kemanisan di sebalik segala keperitan dan kesusahan yang berlaku. aku sentiasa berdoa, agar aku diberi kekuatan dan ketabahan yang cukup.

moga-moga, kejauhan ini bakal membuahkan jawapan juga ketenangan buat diri insan-insan yang terluka.

bukan kerna aku tidak serik. bukan. bahkan bukan juga aku tidak lali digelar bodoh. aku lali dan bosan. tapi kerana sebuah cinta, aku perlu perjuangkan sehingga ia tidak lagi boleh untuk diselamatkan lagi. tidak mengapa andai tiada cerita kebahagiaan di akhir nanti, asalkan aku masih boleh tersenyum dan bergembira. dan aku masih lagi mampu untuk meraih redhaNya.

moga kau berbahagia bersama insan-insan yang bertakhta di hati.

memohon seribu kemaafan kepada teman-teman, abang-abang, kakak-kakak yang seringkali mendengar luahan dan memberikan nasihat. bukan aku tidak dengar, bukan aku tidak ambil peduli, tapi aku perlukan masa. masa untuk memahami sebuah kehidupan.

p/s: bukan gatal sangat nak berkahwin, malah menyedari masih banyak yang perlu belajar. cukuplah sekadar jaminan sebagai tanda.

~fruitale si tabah~

Comments

  1. Allah tahu kamu cukup tabah.Sebb itu Dia menguji kamu sayang:)

    Bukan tiada masa untuk memikirkan jodoh,Tp Allah lg tahu apa yang terbaik untuk dirimu sayngg:)

    ReplyDelete
  2. ya Allah , kurniaan pada dia ini kekuatan serta ketabahan seperti tabahnya Rasulullah suatu ketika dahulu. Amin ya rabb! ^_^*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP