Posts

Showing posts from May, 2012

KASIH ABADI

Image
Assalamualaikum.
Hari ini hari sabtu. Walaupun cuti, seawal azan subuh dia sudah bangkit. usai menunaikan solat subuh, dia mula bersiap-siap untuk meneruskan kehidupan. merenehkan air di dapur, menumbuk bawang, dan mulalah mendengar ketuk-mengetuk di dapur. rupanya dia memasak, untuk menjadi santapan sebelum ke kebun. 
walaupun hari ini cuti, orang lain masih nyenyak di buai lena dan mimpi, dan mungkin ada juga yang sedang bersiap-siap untuk berjalan-jalan, tapi dia sedang menunggang motosikal ke kebun. untuk mencari sesuap nasi, mengeluarkan keringat. ada ketikanya dia juga tidak sihat, tapi tetap gigihkan badan ke kebun. katanya, kalau tidak ke kebun, macam mane nak cari rezeki.
ya, betul. aku tahu dan yakin, dia adalah seorang yang sangat-sangat kuat dan tabah. malah, mungkin juga lebih tabah dari aku. dia menanggung semuanya sendirian. dibantu juga, tapi mungkin dia lebih besar tanggungjawab yang perlu di galas. bersabarlah, pasti ada hikmah disebalik semua ini.
pulang dari kebun…

SEMANGAT HARI JUMAAT - 18 MEI 2012

Image
Bismillah..
Hari-hari yang dilalui dengan ketenangan dan kebahagiaan yang dianugerahkan oleh Dia, hatta keperitan dan kesedihan sekalipun yang diberikan, kita harus tetap panjatkan kesyukuran kepadaNya. perlu untuk meredhai setiap yang berlaku, kerna sekejapan waktu perit dan susah yang berlalu itu, akhirnya nanti akan dilimpahi dengan hikmah yang merutun jiwa. membuat hati yang beku menjadi cair, api yang membara menjadi padam, dan ombak yang kuat menjadi surut. 
kerana itu janji Allah. there's always a rainbow after every storm.
'strong people stand up for themselves, stronger people stand up for others'. pilihan di tangan kita, tepuk dada tanya hati, tanya jiwa, tanya iman. apa agaknya khabar iman kita hari ini, apa agaknya matlamat kehidupan, adakah perlu untuk terus melangkah atau cukup sekadar berpuas hati dengan pencapaian yang diraih? atau masih lagi mahu mencari kepuasan dalam meniti kejayaan dan mencari redha Illahi? atau mungkin kegagalan dan kejatuhan membuatk…

TILL JANNAH..

Image
Assalamualaikum.
Semoga teman pembaca semua dirahmati Allah dan sentiasa dibawah jagaanNya. Walau dimana pun kita berada, hatta sesenang mana pun kita, jangan pernah lupa pada Pencipta Yang Maha Berkuasa. kerana tanpa Dia, siapalah kita. Alhamdulillah, mari bersyukur diatas nafas yang masih diberikan.                  ____________________________________________________

kerana aku cintakan setiap entiti yang hadir sebagai seorang sahabat, aku tidak pernah lupa pada mereka. jasa, bakti, sayang, cinta, segalanya yang pernah dicurahkan dan kita coret bersama, sentiasa segar dalam ingatan. 
aku masih ingat suatu tika dahulu, saat kita menyulam kasih di bangku sekolah, kita redah setiap onak dan ranjau bersama. pahit, manis, kita lalui bersama. tangis, tawa, senyuman, semuanya masih kekal di ingatan. walau kadangkala kita berselisih pendapat, namun akhirnya kita masih bersama. kau tetap menjadi penguat, menjadi pendorong dikala aku kejatuhan.
dan aku?
aku berusaha untuk menjadi sahabat se…

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Image
Yang tulus ikhlas ingin sekali sekala dirinya dibelas walau hanya dengan, dakapan di angin lalu 
Yang selalu memberi  ingin sekali sekala jadi penerima cukup dengan salam dan manis doa
aku ingin kau merasakan hebatnya cinta dan leburkan saja serpihan calar derita
selamat ulang tahun sayang kini kau bersayap pergilah terbang Rentaslah langit cita-citamu harap nanti kitakan bertemu
selamat ulang tahun sayang janganlah engkau tak terbang pulang ku nanti penuh kerinduan selamat tinggal, selamat jalan 
aku hanya inginkan engkau setia kerana setia yang mencipta bahagiamu
~Selamat Ulang Tahun Sayang by IMRAN AJMAIN~
 - SANAH HELWA ASNIZAN a.k.a JANG. 3 MEI :) - SANAH HELWA KAK NUR LYANA AQILAH. 6 MEI  :)  - SANAH HELWA SITI NUR SYUHAIDA 6 MEI :)
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan mendoakan yang terbaik buat kalian bertiga. Moga Allah mengurniakan ketabahan, kecekalan hati juga peribadi yang solehah. Ukhwah till Jannah, insyaAllah. Sayang sampai syurga! ^__^

I'm wish that I can make this cake! …

AWAN MERAH JAMBU by Kak Ain

Image
Assalamualaikum...
Hatiku hangat. Berasa panas. Sungguh. Baranya makin hidup. Berasap-asap. Tanpa api sebenarnya. Namun, awan merah jambu semakin kelabu.

Aduh. Cukuplah. Cukuplah. Dan cukuplah.

Ya, kau benar. Aku tidak seharusnya mengambil tahu. Aku hanya orang luar. Aku pihak ketiga. Aku seharusnya membiarkan sahaja. Segalanya-galanya. Segala-gala hal yang berlaku. Aku sudah punya cinta. Biarkan sahaja. Semua itu perkara remeh, mengapa mesti memandang dengan mata yang berat? Semua itu perkara biasa, mengapa padaku ia adalah luar biasa? Semuanya bukan soal cinta, tapi kerana sayang. Mengapa aku berasa semua sikap keprihatinan itu adalah salah?

Sebab...

Awan merah jambu semakin terluka.

Sifatnya lembut. Comel. Manis dari jauh. Sangat mudah disentuh. Terlalu mudah. Apatah lagi, dirinya selalu menjadi rebutan. Cuma, mungkin kau tidak pernah tahu. Dia cuba untuk bertahan.

"Jangan jadikan aku tawanan. Aku awan merah jambu yang kuat".

Tapi hanyalah sekadar kata-kata, sekadar luahan. Tanpa…