KASIH ABADI

Assalamualaikum.

Hari ini hari sabtu. Walaupun cuti, seawal azan subuh dia sudah bangkit. usai menunaikan solat subuh, dia mula bersiap-siap untuk meneruskan kehidupan. merenehkan air di dapur, menumbuk bawang, dan mulalah mendengar ketuk-mengetuk di dapur. rupanya dia memasak, untuk menjadi santapan sebelum ke kebun. 

walaupun hari ini cuti, orang lain masih nyenyak di buai lena dan mimpi, dan mungkin ada juga yang sedang bersiap-siap untuk berjalan-jalan, tapi dia sedang menunggang motosikal ke kebun. untuk mencari sesuap nasi, mengeluarkan keringat. ada ketikanya dia juga tidak sihat, tapi tetap gigihkan badan ke kebun. katanya, kalau tidak ke kebun, macam mane nak cari rezeki.

ya, betul. aku tahu dan yakin, dia adalah seorang yang sangat-sangat kuat dan tabah. malah, mungkin juga lebih tabah dari aku. dia menanggung semuanya sendirian. dibantu juga, tapi mungkin dia lebih besar tanggungjawab yang perlu di galas. bersabarlah, pasti ada hikmah disebalik semua ini.

pulang dari kebun, baru berehat sebentar, sudah perlu keluar semula. mencari lauk untuk dimakan seisi rumah. sesekali ada juga pulang sahaja dari kebun, terus bersiap-siap untuk ke sekolah. mengajar kelas tambahan. kadang-kadang hingga ke petang. menumpahkan jasa dan baktinya selaku pendidik tidak pernah diabaikan.

kala senja mula menyapa, terkadang barulah nampak dia berehat. namun, saat tiba waktu malam, dia kembali meneruskan saki-baki kerjanya. jika tidak, dia keluar bersukan, bermain badminton. kata dia, dia ada darah tinggi, kalau tak bersukan dan bersenam, cepat sahaja mati. aku, terkesan mendengar. namun, cuma diam membisu.


dia adalah ayahku. yang banyak berjasa, memberikan rezeki, juga menyediakan pakai perluku. walaupun kadangkala dia juga ada kelemahan, namun aku tidak boleh nafikan betapa besarnya cinta dan sayang aku padanya. 

masih aku ingat kejadian dua hari lepas. aku batuk-batuk, yang amat teruk. dan tiba-tiba ayah datang menghampiri ku dengan membawa ubat batuk, menyuruh aku makan. sungguh, aku amat terharu. menitis juga air mata, namun cepat-cepat dikesat. malu kalau dinampak adik. 

juga aku masih ingat kejadian lalu, aku demam dan terjaga di awal jam 4 pagi. aku kejutkan ayah, dan meminta dia buatkan air milo. dia bangun, walaupun dia baru sahaja tidur jam 2 kerana menanda kertas. 

ayah, terima kasih atas segalanya. along sayang ayah. sayang sampai syurga, InsyaAllah. moga ayah dirahmati Allah, semoga segalanya dipermudahkan. :") kalau boleh, aku mahu mencari bakal suami seperti dia. yang tabah, kuat, ada agamanya, bertanggungjawab. seperti ayah. tunggulah, nanti.

p/s : hanya ini gambar berdua dengan ayah yang aku ada. susah untuk bergambar dengannya. namun, inilah kenangan. ( menangis.)

salam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP