SEMANGAT HARI JUMAAT - 18 MEI 2012

Bismillah..

Hari-hari yang dilalui dengan ketenangan dan kebahagiaan yang dianugerahkan oleh Dia, hatta keperitan dan kesedihan sekalipun yang diberikan, kita harus tetap panjatkan kesyukuran kepadaNya. perlu untuk meredhai setiap yang berlaku, kerna sekejapan waktu perit dan susah yang berlalu itu, akhirnya nanti akan dilimpahi dengan hikmah yang merutun jiwa. membuat hati yang beku menjadi cair, api yang membara menjadi padam, dan ombak yang kuat menjadi surut. 

kerana itu janji Allah. there's always a rainbow after every storm.

'strong people stand up for themselves, stronger people stand up for others'. pilihan di tangan kita, tepuk dada tanya hati, tanya jiwa, tanya iman. apa agaknya khabar iman kita hari ini, apa agaknya matlamat kehidupan, adakah perlu untuk terus melangkah atau cukup sekadar berpuas hati dengan pencapaian yang diraih? atau masih lagi mahu mencari kepuasan dalam meniti kejayaan dan mencari redha Illahi? atau mungkin kegagalan dan kejatuhan membuatkan diri terduduk selamanya?

Jika angan-angan dan impian terbantut, siapkan jiwa yang redha akan qada dan qadar untuk menyambut.

bersabarlah, janji Allah itu pasti kepada setiap hambaNya. janjiNya kepada hamba yang sentiasa bersyukur, bersabar dan melalui jalan-jalan kebenaran. God answers prayer in 3 ways ; 1) yes, you get what you want 2) no, not suite with you 3) wait, there's something better for you.


impian untuk bergambar di bawah pokok bunga sakura. moga Allah rahmati dan permudahkan :)

p/s : selamat hari lahir Siti Nur Qaidatul Ain bt Ismail (18 Mei 1992). moga Allah rahmati kamu, dipermudahkan segala urusan & belajar, sahabat sampai syurga! insyaAllah. uhibbuki fillah, abadan abada.

salam.


Comments

  1. God answers prayer in 3 ways ; 1) yes, you get what you want 2) no, not suite with you 3) wait, there's something better for you.

    suka dgn kata2 tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad