TILL JANNAH..

Assalamualaikum.

Semoga teman pembaca semua dirahmati Allah dan sentiasa dibawah jagaanNya. Walau dimana pun kita berada, hatta sesenang mana pun kita, jangan pernah lupa pada Pencipta Yang Maha Berkuasa. kerana tanpa Dia, siapalah kita. Alhamdulillah, mari bersyukur diatas nafas yang masih diberikan.
                 ____________________________________________________


kerana aku cintakan setiap entiti yang hadir sebagai seorang sahabat, aku tidak pernah lupa pada mereka. jasa, bakti, sayang, cinta, segalanya yang pernah dicurahkan dan kita coret bersama, sentiasa segar dalam ingatan. 

aku masih ingat suatu tika dahulu, saat kita menyulam kasih di bangku sekolah, kita redah setiap onak dan ranjau bersama. pahit, manis, kita lalui bersama. tangis, tawa, senyuman, semuanya masih kekal di ingatan. walau kadangkala kita berselisih pendapat, namun akhirnya kita masih bersama. kau tetap menjadi penguat, menjadi pendorong dikala aku kejatuhan.

dan aku?

aku berusaha untuk menjadi sahabat sebaik-baik sahabat. aku mencuba untuk menjadi seorang teman sebaik-baik teman. tapi aku masih tidak tahu. sudah cukupkah segala kebaikan? mampukah aku untuk menjadi seorang sahabat yang membawamu mengingat Dia? aku tidak tahu, sehingga kini.

sayang kerana Allah.

teman, aku sayang kalian kerana Allah. semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala yang besar buat kalian kerana sering mengingatkan aku ketika alpa. terima kasih kerana sudi bersama aku kala susah dan senang. andai aku diberikan peluang, aku pasti akan melakukan sesuatu yang berharga untuk memberi penghargaan pada kalian. pasti, ianya ikhlas dari hati. 

saling mengingati, saling menyayangi.

jauh di sudut hati, pinta setiap kenangan itu bermain semula. agar setiap saat itu aku hargai. aku pohon dan berdoa, agar ukhwah yang terjalin tidak akan terputus dan sentiasa di bawah rahmatNya. aku yakin, pertemuan yang Allah jalinkan ini, pasti ada hikmah. maka kita jalinkan hingga ke syurga. insyaAllah. 

( Sekeping foto memberikan 1001 makna. sungguh, aku rindu )
.
.
.
.
biar foto yang mendendangkan irama hati. itu lebih bermakna.



















sahabat, moga ukhwah kita semua dibawah rahmat Allah. ingatkanlah aku tika alpa, kerana aku insan biasa yang sering lupa dan leka. sayang kalian kerana Allah, till Jannah! ^__^

post dedicated to : Siti Athirah Abdul Rahim, Afiqah Nadzirah Hanif, dan SEMUA yang bergelar sahabat. 

p/s: syue, post ini juga untuk kamu, sempena hari kelahiran kamu semalam ( 6 mei ).. :)


♥ kepadamu teman,ku persembahkan ucapan terima, kasih kerana sudi menerimaku di sudut hati, semOga kekal abadi selamanya kau dihatiku,terpahat padu segala suka & duka harapan agar subur kembali, kenangan itu seiring bersama cita-citaku...

salam.

Comments

  1. salam fatin sayang.. insyaAllah..awak sudah menjadi sahabat terbaik....
    kita berkasih kerana Allah...moga awak sentiasa dalam redhaNYA>... :)

    ReplyDelete
  2. suke bace blog fatin.... banyak gambar lame..cerita kawan sekolah ..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP