UNTUK DIA, UNTUK DIA.


terima kasih menjadi sahabat dan teman. 

aku sedang menghargai apa yang di tangan, kerna aku amat yakin. andai sudah terlepas dari genggaman, aku sudah tidak boleh berbuat apa-apa. setiap kenangan dan memori yang tercipta, pasti aku akan ceritakan kepada seluruh generasiku nanti. aku pasti, insyaAllah !

aku mengagungkan kebesaran jiwanya, juga aku sangat mengagumi cita-citanya. masakan tidak aku kagum, tiada siapa lagi yang merancang seperti nya. berbeza-beza bidang, juga ada misi yang tersendiri. aku suka pada orang yang bermatlamat, terutama kepada mereka-mereka yang ada matlamat dalam setiap perkara yang dilakukan. 

sahabat,
doaku sentiasa mengiringi dirimu. semoga kau peroleh syifa' ke atas kesakitan yang kau hidapi. itu kafarah dosa, bersabarlah! pasti ada hikmah di sebalik ujian yang Dia timpakan, cuma satu sahaja kunci yang perlu kau pegang kini, 'sabar' ! bersabarlah duhai sahabat. 

semoga Allah sentiasa merahmati ukhwah kita, dan panjangkan ukhwah ini hingga ke syurgaNya.

andai nanti kau tidak mendengar khabarku, aku hanya mohon satu perkara. titipkan namaku dalam setiap doamu, doakan kesejahteraan juga kebahagiaanku. terima kasih wa uhibbuk fillah.


untuk mengekalkan persahabatan tidak susah. cukuplah dengan saling memahami antara satu sama lain. juga saling mempercayai. kerana keikhlasan dalam bersahabat itu pasti akan dirasa bila kedua-dua ini dapat dialirkan dalam hati dan naluri. tapi jangan dicabar tahap kesabaran seseorang, kerana tidaklah setiap perkara itu boleh mengajar erti kesabaran.

p/s : kerap kali mendengar lagu 'untuk dia by sleeq ft najwa latif'', sehingga tajuk entry juga nak buat untuk dia. :)

'sedang berbahagia dengan kehidupan ini, dan menghargai setiap entiti yang hadir, juga sedang mencari kekuatan dan semangat untuk kembali dalam dunia perdebatan. doakan'


Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad