Posts

Showing posts from July, 2012

BUMI HIJAU, 8TH JULY

Image
Sudah seminggu bertapak di Bumi Hijau, UPM. Dan selama seminggu ini juga, ada pelbagai ragam yang aku lihat, setiap dari inci kehidupan itu aku lalui. Malah lebih besar lagi yang aku perolehi, adalah sebuah pengalaman yang cukup bermakna. 
Aku redha. Dengan setiap yang berlaku, kerana aku yakin dan pasti dengan hikmah yang menanti di penghujung perjalanan. Setiap yang berlaku itu pasti bersebab. Maka aku menantikan asbabnya ujian dan dugaan yang hadir sepanjang seminggu ini. Mungkin juga untuk mengingatkan aku yang terleka, mungkin juga untuk mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran, dan mungkin juga untuk membuka hati tentang erti persahabatan.
Perjuangan kali ini sudah berakhir, meskipun bukan aku pelakon dramanya, bukan aku yang menarikan irama lagu, bukan aku juga yang mendedangkan bait-bait lirik yang kita semua rangka, tetapi.. dalam segenap jiwa raga ini, aku berjuang juga bersama kalian. Bila kalian gembira, maka aku juga gembira. Bila kalian bersedih, aku juga turut merasai…