BUMI HIJAU, 8TH JULY


Sudah seminggu bertapak di Bumi Hijau, UPM. Dan selama seminggu ini juga, ada pelbagai ragam yang aku lihat, setiap dari inci kehidupan itu aku lalui. Malah lebih besar lagi yang aku perolehi, adalah sebuah pengalaman yang cukup bermakna. 

Aku redha. Dengan setiap yang berlaku, kerana aku yakin dan pasti dengan hikmah yang menanti di penghujung perjalanan. Setiap yang berlaku itu pasti bersebab. Maka aku menantikan asbabnya ujian dan dugaan yang hadir sepanjang seminggu ini. Mungkin juga untuk mengingatkan aku yang terleka, mungkin juga untuk mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran, dan mungkin juga untuk membuka hati tentang erti persahabatan.

Perjuangan kali ini sudah berakhir, meskipun bukan aku pelakon dramanya, bukan aku yang menarikan irama lagu, bukan aku juga yang mendedangkan bait-bait lirik yang kita semua rangka, tetapi.. dalam segenap jiwa raga ini, aku berjuang juga bersama kalian. Bila kalian gembira, maka aku juga gembira. Bila kalian bersedih, aku juga turut merasai kesedihan itu. Malah mungkin lebih sedih lagi, walaupun aku hanyalah entiti luar yang hanya mengamati. jiwa itu tetap ada, kerana aku cintakan perjuangan yang sama.

Terima kasih semua, terima kasih Ya Allah atas peluang ini. aku bersyukur dan berbahagia.


*8th July. terima kasih untuk ukhwah ini Ya Allah. sungguh, aku amat bersyukur dan berbahagia. moga ukhwah ini hingga ke syurga, bersama meraih Redha Illahi. terima kasih, terima kasih, TERIMA KASIH !

speaking muet dan syafawi stam. moga Allah permudahkan semuanya. ikhlaskan hati, tajdid niat setiap masa. keyakinan itu penting, semoga Allah bantu kita semua. 'intansurullah yansurukum'.

Assalamualaikum.   

Comments

  1. tidak mudah kita lalui kehidupan,,tetapi yang pasti jika kita sedang laluinya, laluilah dengan bersungguh-sungguh dan keikhlasan..kerana itu yang akan membuatkan hati kita sentiasa dekat padaNya,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP