12 Ramadhan 1433H | SAHABAT

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Sudah masuk 12 Ramadhan 1433H. Mari sama-sama bersyukur atas nikmat Islam yang masih diberikan, nikmat kesihatan yang baik yang telah dipinjamkan, dan nikmat kebahagiaan dan ketenangan hati yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita semua. Alhamdulillah, syukur kerana kita insan yang terpilih.

Bagaimana 11 hari berpuasa? sudah terisikah jiwa? muhasabah diri setiap masa.

_____________________________________________

Sahabat yang baik tidak semestinya dia yang sentiasa di sisi, ataupun siapa yang hadir dahulu dalam diri kita. tapi seorang sahabat yang baik adalah mereka yang sentiasa ada di saat kita perlukan, menegur setiap kesalahan, dan yang sentiasa menyebut nama di dalam doa. 

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang memahami, menerima seadanya dan sentiasa di sisi. biasalah, pasti ada pahit, masin, masam dan tawar dalam persahabatan. tapi, it's all over ourselves. kalau kita nak baik, so kita kene balas dengan kebaikan. kalau taknak, memang kejahatan la jawabnye kan? :)

sebab itulah, setiap kebaikan itu dibalas dengan kebaikan. dan setiap kejahatan juga perlu untuk dibalas dengan kebaikan. jangan pernah menyimpan dendam, tapi berdoalah agar sentiasa diberi kekuatan, ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan. 

Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diberikan. tidak kisahlah sama ada baik ataupun ia sebagai ujian dari Allah. kerana beruntunglah kamu apabila diuji, orang yang diuji disayangi Allah. <-- ini pesan ummi 2-3 minggu yang lepas, sewaktu aku ditimpa musibah yang bertimpa-timpa. dan Alhamdulillah, aku semakin tenang. :)

kata sahabat, yang penting kene sentiasa senyum! :D










Athirah, ini sebagai pengubat rindu untuk awakk. :) sy dah semakin mem'besar', cuma kata teman-teman disini, belum cukup matang lagi. hehe. uhibbuki fillah! rindu.

iceroom with bestfriend forever. 7 Jun 2012. seremban - gemencheh - melaka - gemencheh
 p/s: mohon doa dari semua. saya sedang melalui tahun akhir Diploma Undang-Undang yang agak mencabar dan sedikit tertekan. tapi Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang agar sentiasa mengukirkan senyuman pada semua. juga doakan MUET saya selamat disemak oleh pemeriksa yang baik hati. saya sudah lakukan sehabis baik untuk muet kali ini, moga Allah redha. 

'Allah tidak pandang hasil, tetapi Dia pandang pada usaha kita'.

Jaga diri, jaga iman, jaga amal, jaga hati ! --> selalu pesan pada sahabat dan diri sendiri :)

Assalamualaikum.

Comments

  1. Salam Ziarah dr Sg Nil Fatinku sayang... Malankolik ini membawaku terbuai bersama kehidupan yang perlu diteruskan... Dikau adalah kenangan, masa kini dan masa depanku.. Semoga dikau terus manjadi penguat semangatku, semoga dikau masih terus bersamaku walau yang lain meninggalkanku.. Semoga dikau adalah seorang Fatin yang sentiasa kukenali, kerna dikaulah sahabat ketika apa jua keadaanku, dan dikau sentiasa bersamaku... dulu, kini dan salamanya.. Insyaallah, Biiznillah.... <3<3<3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!