Posts

Showing posts from September, 2012

BISIKAN MALAM

Image
Bismillah.
kerlingan pada jam yang diberi oleh ibu, sudah menunjukkan 2.45 am. bisik dalam hati, berpeluang untuk tidak tidur malam ni. resah.
mungkin juga disebabkan faktor 'kopi' yang diminum pada jam 10.30 pm tadi membuatkan mata tidak mahu untuk lelap, walaupun sebenarnya jasad ini telah pinta untuk rehat. letih. masakan tidak, seharian tidak tidur lagi. malah, lebih letih kerana 'berperang' dengan criminal selama 5 jam. but one thing for sure, masih tak siap lagiiiiiii.. (nak cakap, banyakk sgt yg masuk final nye walaupun baru 1 madah)

hanya berbaki 7 hari sahaja lagi, oh tidak. 6 hari lagi untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 5. tidak tahu mengapa, kali ini sungguh takut untuk melaluinya. malah, jalan yg dilalui juga amatlah sukar dan penuh dengan onak duri. aku dapat gambarkan, andai tiada ketabahan dan kesabaran sepanjang melalui jalan ini lewat lalu, pasti aku sudah tersungkur. pasti, bukan ketenangan ini yg mampu diraih. dan pasti, kekuatan ini tiada …

RENCAH KEHIDUPAN | SANAH HELWA SAHABAT

Image
Hari demi hari, tahun demi tahun, sekejapan masa berlalu begitu pantas sehingga akan membuatkan hati merindui kenangan lalu. Benar, seandai aku diberikan peluang kedua, pasti aku meminta untuk dikembalikan kepada zaman kanak-kanak. bukan hanya untuk merasa kegembiraan, kebebasan, dan ketenangan yang tidak perlu memikirkan masalah. namun, andai kembalinya aku pada zaman tersebut, aku mahu memperbaiki jalan hidup ini. Supaya nampak cantik dan molek, malah memberi makna kepada semua entiti yang hadir.
Jeda masa dahulu dan kini sungguh lama. bila diputarkan ingatan, bibir akan mula tersenyum dan jantung berdegup mengikut rentak memori. bila bahagia, seperti kereta yang memecut 120km/j. bila memori itu sedih dan sakit, seperti kereta yang semput-semput, 30km/j. itu semua fitrah, semua manusia pasti akan merasa perkara yang sama.
kita tidak punya doraemon untuk menggunakan alat 'kembali masa dahulu' ataupun 'pintu suka hati'. life must go on ! masa tidak boleh untuk diputar…