BISIKAN MALAM

Bismillah.

kerlingan pada jam yang diberi oleh ibu, sudah menunjukkan 2.45 am. bisik dalam hati, berpeluang untuk tidak tidur malam ni. resah.

mungkin juga disebabkan faktor 'kopi' yang diminum pada jam 10.30 pm tadi membuatkan mata tidak mahu untuk lelap, walaupun sebenarnya jasad ini telah pinta untuk rehat. letih. masakan tidak, seharian tidak tidur lagi. malah, lebih letih kerana 'berperang' dengan criminal selama 5 jam. but one thing for sure, masih tak siap lagiiiiiii.. (nak cakap, banyakk sgt yg masuk final nye walaupun baru 1 madah)


hanya berbaki 7 hari sahaja lagi, oh tidak. 6 hari lagi untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 5. tidak tahu mengapa, kali ini sungguh takut untuk melaluinya. malah, jalan yg dilalui juga amatlah sukar dan penuh dengan onak duri. aku dapat gambarkan, andai tiada ketabahan dan kesabaran sepanjang melalui jalan ini lewat lalu, pasti aku sudah tersungkur. pasti, bukan ketenangan ini yg mampu diraih. dan pasti, kekuatan ini tiada dalam diri.

Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui bukan? Dia berikan kita ujian, supaya kita lebih kuat dan tabah. Dia timpakan kita dugaan, supaya kita muhasabah kembali diri. dan Dia anugerahkan kita kesedihan, supaya kita akan lebih menghargai dan berhati-hati dikala kita bergembira.

Maka sebab itulah, ucapan 'terima kasih' yg teramat sangat buat kakak fariha & sahabat-sahabat yang menyokong serta memberi semangat dan dorongan tatkala diri ini hampir tersungkur lalu. suntikan kalian membuatkan aku lebih mengerti tentang erti kehidupan yg sebenar. dan benarlah, sebenarnya tangisan itu akhirnya menjadi kekuatan pada diri kita ! tidak percaya? cubalah nanti =)

setebal inilah yg perlu dihabeskan utk final sem 5.
my meja. belajar katanyaaa. huhuu
baru notes criminal. tapi ni pun tak habes lagii. huhu
penguat semangat.
dikala terhuyung-hayang, akan menatap kata-kata ni =)
serabut.
time kasih awasya =)
time kasih madiee a.k.a roomatee =)
time kasihh Janggggg =)
doakan saya supaya tabah dan sabar dalam meniti hari-hari akhir dalam semester 5 kali ini. kerana ini tahun akhir, perlu untuk lebih gigih. kerana ini tahun akhir, hati semakin gusar dan risau. dan kerana ini tahun akhir jugalah, terasa beban bahu yang memikul harapan-harapan yg diberikan. mungkin, aku tidak mampu memberikan yang terbaik, tapi berjanji untuk melakukan yang terbaik.

Alhamdulillah untuk muet. cuma, perlu repeat lagi untuk strive for band 4! huhu =.= susahnya laaa~

p/s ; Selamat Hari Lahir buat si comel dan lincah Naurah Husna binti Mohd Syahmi. semoga menjadi anak yang solehah, dan berjaya bila besar kelak. kakak rindu kamu si kecil =)

catatan 'study week' ; 
Assalamualaikum.

Comments

  1. Best fo luck adik ! Allah akan berikan balasan yang setimpal dengan usaha. InsyaAllah =D

    ReplyDelete
  2. Salam sahabt sayang...! <3 <3
    wat yang terbaik sem akhir... MOga ada khabar gembira..berjaya dengan jayanya...
    doa,dan doa,dan terus berdoa...
    moga kejayaan milik kita semua.....
    jaga kesihatan...
    mOga Allah mudahkan semua urusan....
    berserah dan harap hanya padaNYA....
    :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad