RENCAH KEHIDUPAN | SANAH HELWA SAHABAT


Hari demi hari, tahun demi tahun, sekejapan masa berlalu begitu pantas sehingga akan membuatkan hati merindui kenangan lalu. Benar, seandai aku diberikan peluang kedua, pasti aku meminta untuk dikembalikan kepada zaman kanak-kanak. bukan hanya untuk merasa kegembiraan, kebebasan, dan ketenangan yang tidak perlu memikirkan masalah. namun, andai kembalinya aku pada zaman tersebut, aku mahu memperbaiki jalan hidup ini. Supaya nampak cantik dan molek, malah memberi makna kepada semua entiti yang hadir.

Jeda masa dahulu dan kini sungguh lama. bila diputarkan ingatan, bibir akan mula tersenyum dan jantung berdegup mengikut rentak memori. bila bahagia, seperti kereta yang memecut 120km/j. bila memori itu sedih dan sakit, seperti kereta yang semput-semput, 30km/j. itu semua fitrah, semua manusia pasti akan merasa perkara yang sama.

kita tidak punya doraemon untuk menggunakan alat 'kembali masa dahulu' ataupun 'pintu suka hati'. life must go on ! masa tidak boleh untuk diputar, itu hakikatnya. maka, yang perlu untuk kita lakukan adalah menghargai masa-masa yang berbaki. menyayangi dan menggunakan seoptimum yang mungkin apa yang di hadapan mata.

Hargailah sebuah kehidupan, kerana dari situ mengajar kita erti kedewasaan. Di didik, di bimbing, di hina, di puji, di kutuk, di sayangi, dibenci. Rencah rasa yang larut dalam adunan kehidupan. andai mereka boleh menghargai kehidupan, mengapa tidak kita?


Selamat Hari Lahir buat sahabat-sahabat seperjuangan,
kalian pengubat duka, penghibur lara : 

Abdul Hadi - 22 Jun 1992
Siti Athirah bt Abdul Rahim - 26 Jun 1992
Mohd Asri bin Hj. Zainal - 1 Julai 1992
Nur Hawashah bt Arman Shah - 6 September 1992
Muhammad Ihsan bin Mohd Zaini - 12 September 1992
Muhammad Syahir Hazmi bin Ismail - 12 September 1992
Nur Afiqah binti Abdul Rahman - 17 September 1992


Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan berbahagia selalu. Semoga Allah berkati kita semua. Allahu yubarik fi umrik ! :)

Wassalam. 


Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP