RAHSIA HATI | I'M WANNA BE PATRICK, ATHIRAH !

Bismillah..

Ada rasa yang membungkam hati. Ada rahsia yang tersembunyi rapi. Ada perkara yang menyelubungi diri. Sehingga rasa, rahsia dan perkara itu yang akhirnya memusnahkan impian yang sekian lama mencuri hati. 

Mengapa rasa ini kembali lagi sedangkan aku sudah melakukan keputusan. Jauhlah. Pergilah jauh-jauh. Berikan aku peluang untuk menikmati kehidupan dengan tenang dan tenteram. Berikan aku peluang untuk meraihnya. Masih banyak lagi impian dan cita-cita yang belum aku genggam. Impian itu ada, aku sudah letakkan. tapi, selagi rasa, rahsia dan perkara ini masih ada, ia masih samar-samar. Malah, ia semakin menjauh. 

Pergilah pergiii. Aku relaa..


Aku ingin kembali berdebat. Dimanakah kekuatan itu? 
_____________________________________

I'd rather be an idiot, than lose you. Because knowledge cannot replace friendship. (Patrick to Spongebob) Once it happen, it will be everlasting. forever and ever. insyaAllah. Kalau beginilah cintanya Patrick pada sahabatnya Spongebob, maka aku lebih memilih untuk menjadi Patrick. Biarlah bagaimana pun keadaan sahabat, aku masih memerlukannya. 

Begitu jugalah cintanya aku pada Athirah. malah, lebih menggunung lagi dan dirinya lebih berharga dari emas dan permata, kerana dia insan yang aku hormati dengan ilmu dan adabnya. juga aku hormati kerana santun dan agamanya. Rasa hormat ini tidak akan pernah luntur, kekal mencintai persahabatan yang terjalin ini. insyaAllah. Ia lebih bermakna dan terasa saat dua hati ini berjauhan, jauh merentas benua.


Selalu menginginkan dia ada di sisi bila sedih dan gembira. tapi Allah tahu yang terbaik. Semoga kekuatan itu disalurkan melalui doa-doa yang diucap.

Yes, Allah knows the best. He's plan is the best. Pasti, apa yang berlaku mempunyai asbabnyaa. Setiap pertemuan, setiap kegembiraan, setiap kesedihan, dan setiap apa yang berlaku itu ada hikmah. Meskipun terkadang Allah tarikh nikmat kegembiraan atau benda yang dekat dengan kita, tapi yakinlah yang Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 

Malah ia sebenarnya adalah diluar jangkaan kita sebagai hambaNya. Apa yang penting, laluilah kehidupan ini dengan sentiasa bersyukur. bukan sahaja bersyukur dengan kenikmatan dan kegembiraan, malah tatkala kita dihimpit dengan ujian juga semailah rasa hati dengan sifat syukur. supaya kita tidak pernah leka dan alpa.


Kasih sayang Allah itu indah dan luas. Dia kasihkan hambaNya dengan limpahkan ujian dan dugaan. Dia kasihkan hambaNya dengan berikan kenikmatan kejayaan. Dia kasihkan hambaNya dengan menghadirkan insan-insan yang baik hati dalam menasihati. Dia kasihkan hambaNya dengan beri kesakitan dan kesusahan. Allahu Allah, kita tidak akan pernah nampak itu semua dengan mata kasar. tapi lihatlah dengan mata hati !

p/s : dua tiga hari ini agak terduduk dengan ujian-ujian yang mematangkan diri di samping dengan demam yang melanda. agak susah untuk bangkit, tapi Alhamdulillah. Allah masih sayang dengan menyalurkan kekuatan untuk terus kehadapan. Doakan saya menjadi anak dan pelajar yang solehah. Doakan saya berjaya dunia akhirat. Saling mendoakan insyaAllah.

'Terima kasih Kak Fariha & Kak Rysha kerana sentiasa ada bersama saya. pada waktu gembira dan sedih, senang dan susah. semoga Allah tautkan hati-hati kita keranaNya. Sayang Fillah, insyaAllah. terima kasih. tidak terbalas jasa kalian.'

8 Zulhijjah 1433 H.
Salam Aidiladha.

Assalamualaikum.

Comments

  1. Rindu yang hadir itu pasti Allah sampaikan kepada insan yang dirindui...athirah pun mesti rindu fatin... Fatin juga tabah seperti athirah.... Tringat fatin demam time form 3.. truk kot demam fatin time tu.. jage diri dear... :)..semoga berjaya sahabt...!

    ReplyDelete
  2. terima kasih syue sayangg. :)
    jaga diri juga, semoga Allah berikan kita semua kejayaan setimpal dengan usaha.

    ingattt! masih ingat lgi. huhu. masih ingat fara, syue, maryam, dan sahabat2 lain yang menjaga. Allah, terasa indahnya ukhwah. walaupun esoknye PMR, masih lagi sudi untuk menjaga. terima kasihhhhh! =')

    ReplyDelete
  3. Moga anda terus bersemangat dan berjaya.

    Pengalaman mematangkan hidup kita. Biarpun dalam kejauhan dengan sahabatmu yang tersayang, ketahuilah masih ada yang sudi berkongsi kasih bahagia dengan kita tanpa kita sedari.

    Sakit itu penghapus dosa. Doa hamba yg berada dalam kesakitan, insyaallah di dengari.

    Datang blog ini, suka dengar muzik instrumental ini. Hehe.

    :)

    Mohom ampun Allah jika bicaraku tersinggung. La al laki an takunin tolibatun mujtahidatun :)

    ReplyDelete
  4. bittaufiq lawyer - to - be

    kuat tin kuat !

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum buat serikandi yang tabah setabah Sumaiyah...
    Maaf kerana lewat menyedari post ini,maaf sebab aku lame sgt dh tak berblog... Fatin, kau satu dalam seribu... (menangis !_!) Love u so much... Rindu nak jumpe ko....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad