Posts

Showing posts from 2013

SAHABAT ITU 3S !

Image
Persahabatan itu sebuah cinta. Cinta yang perlu di isi dengan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan, kesediaan, dan keikhlasan! 
Dengannya di sisi, perjuangan ini, telah diharungi bertambah murni, kasih Illahi. Kepadamu Allah ku panjatkan doa, agar berkekalan kasih sayang kita.  Kepadamu Teman, ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian. 
Lagu Teman Sejati by Brothers yang sering mendapat tempat berdendang di telinga aku. Benar, bukan mudah mencari seorang teman yang Sejati. Tapi bila dah ada yang mahu, hargailah kerana peluang tidak datang berkali-kali.

Sahabat. Bukanlah yang sentiasa disisi atau yang selalu membuatmu tersenyum. tapi sahabat adalah seseorang yang mampu mengembalikan senyuman di bibir tatkala dilanda keresahan dan kebuntuan. Benar bukan mudah untuk peroleh sahabat yang benar-benar ikhlas, yang sanggup berkorban apa sahaja, yang tidak memikirkan soal kesibukan kerjaya atau harta, dan yang menerima kamu seadanya. 
Andai terjumpa, hargailah. 
Fitrah seorang manusia yang…

SEMANGAT BELAJAR !

Image
Sudah beberapa bulan mentelaah buku, masuk ke dunia baru. tapi tidak tahu kenapa, 'feeeel' tu sangat sangat laa susah nak rasa lagi. mungkinkah usai berfinal exam baru dapat feel tu?
Ujian nak belajar ni, Allah bagi macam-macam. cuma tinggal dekat kita je, nak ke tak nak, surrender ke, terus berjuang ke, berkorban ke, atau apa apa sahaja. tapi yang penting, letak dalam hati, walau apa yang berlaku, pastikan semangat nak belajar tu takkan pernah hilang sampai bila-bila. 
Kerana syarat belajar adalah thuluzaman (sepanjang masa), jadi bila bila pun boleh belajar. Jangan di ikut sangat umur. 
terima kasih atuk. terima kasih sebab terus terusan bagi semangat. along sayang atuk!
p/s :  1) im in dilemma right now. pray for me. 2) cant wait for Istiadat Konvokesyen ke-5 minggu ni. Jemput datang di Taman Tamadun Islam. Ahad, 1 Disember 2013, sesi petang ! :)

KEMBALI DENGAN RASA

Image
Sekian lama tidak menulis di sini. betul kata Kak Ain, lama tak update blog. apakan daya, kekangan dan perkara lain lebih banyak menuntut. 
_______________________________________________
ya, kembali dengan identiti yang berbeza. bukan lagi pelajar diploma, status sudah berubah ; ijazah. walau bukan ini yang aku cita-citakan, tapi hati ini sentiasa merintih agar impian dan angan-angan itu sentiasa dekat. ya, sentiasa dekat dan dipermudahkan. mungkin bukan esok lusa, mungkin semester hadapan, mungkin juga tahun hadapan. ahh, betapa aku mahukan cita-cita itu dicapai! 
kali ini, aku perlu meyakinkan diri sendiri. bahawa kesungguhan itu perlu lebih tinggi dari kemahuan. baik dalam pelajaran, mahupun debat, malah sebagai seorang anak dan juga 'teman' sekalipun, semuanya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. itu matlamat. walau kadang-kadang pasti akan ada rasa atau 'hinaan' dan cacian yang datang, demi cinta semuanya perlu diredah. *lautan api sanggup ku redah, apetah…

KAK AIN, TIBA-TIBA RASA RINDU.

Image
Tidak tahu kenapa, seminggu dua ini banyak perkara yang mengingatkan pada kak ain. sudah habis aku membaca semua entry-entry kak ain di blog. sampai kepada blog mengenai kecintaan kami yang sama, hati aku juga turut merutun pilu, sebak, dan tiba-tiba hati menangis dengan sendirinya. tidak tahu kenapa kecintaan ini sungguh mendalam.
'kalau kak ain yg cakap, mesti org sume akan senyap'. 'kak ain suka pegi pantai'. 'suka dengar kak ain cakap tengganu'. 
teringat perbualan dengan kak hayatun beberapa hari lepas : 'kak hayatun, laptop akk same dengan kak ain. tapi kak ain ade tampal2 kat tepi cursor tu.' 'ye? ingat lagi ye laptop kak ain'. terus rindu membungkam rasa, minda memutarkan kenangan indah, hati menangis.
kak ain, rinduuuu..

Kak Ain. Nurul Ain Mat Rahim. Orang Terengganu yang pekat loghatnya. Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah. Sudah berkahwin, dan punyai seorang anak yang sangat comel. Adam!
Sewaktu awal-awal perkenalan : Seorang kakak ya…

ATHIRAH HARUS KUAT DAN TABAH!

Image
Usai membaca entry terbaru sahabat tersayang athirah, walaupun entry itu sudah 4 minggu berlalu, tapi aku pasti dia masih sedih. 
Untukmu sahabat..

Semoga sentiasa di bawah lembayung dan jagaan Allah. Kau harus kuat dan tabah, kau harus percaya dengan Allah, dan kau harus sentiasa tersenyum dan bersemangat untuk ummah! 
Hatta kita kini dipisahkan dua benua, kita jauhh untuk bersua muka, tapi yakinlah hati kita yang tertaut ini yang mengeratkan persahabatan kita.
Rasa rindu yang bertamu itu biasa, fitrah manusia. Sedangkan baru sehari tidak berjumpa sudah terasa begitu rindu, inikan pula sudah 2 tahun terpisah lama dua benua. 
Athirah,  Ingat, jangan sedih-sedih. we love you here! --> Mama, Ayah, Ayong, Ikram, Afiq, Adik, dan seharusnya si comel and the only one sahabat, fatin! doa kami sentiasa bersama kamu, harapan kami selari dengan citamu, dan bangga kami tidak pernah jatuh dan luntur!
Pastikan nanti, disebalik segala pahit dan sakit yang dilalui hari ini, kau akan gantikan den…

MENGORBAN, DIKORBAN, TERKORBAN – 2013 MENCABAR

Image
Bismillah..
Untuk hari yang begitu indah, untuk saat yang membahagiakan, untuk doa dan ucapan yang menusuk hati, untuk hadiah yang bermakna, dan akhir sekali untuk mereka-mereka yang masih mengingati tanggal 28 Januari, tiada kata lain yang mampu dilahirkan dan diucap.. terima kasih, diri ini sangat sayang kalian.

Keluarga yang aku kasihi dan cinta sepenuh jiwa dan raga, keluarga orator yang sangat aku cinta seluruh entitinya, sahabat seperjuangan diploma undang-undang, sahabat-sahabat ex-ahmadians, adik-adik tersayang, dan semua!
Kisah ini ada sambungannya, terima kasih ya Allah atas semua rasa bahagia dan indah ini. Terima kasih untuk pinjaman ini, Alhamdulillah. ________________________________________________
2013, Kini kau sudah menampilkan wajah, Jika dahulu aku hanya meletakkan impian dan harapan yang ingin aku capai, Tapi hari ini, Rupanya mimpi itu perlu ditukar menjadi realiti, Kemahuan harus untuk diterjemahkan melalui kesungguhan, Dan mahu tidak mahu, tindakan perlu dilipat gan…

KEM 1 ORATORIAN, SEGAR DAN TERUS KEKAL.

Image
Bismillah..
Setelah sekian lama laman ini sunyi dan sepi dari sebarang berita, tadaaaaaaaaaaa!! Im here. ^^
Alhamdulillah, hampir sebulan lebih berada dalam semester 6. dan tika ini, aku sendiri sedang meraikan detik-detik terakhir disini, menghargai setiap entiti yang hadir dalam kehidupan, dan membina impian dan kenangan untuk dicoretkan dalam diari kehidupan.. ya, walau aku tidak mampu untuk menzahirkan sayang pada semua, tapi hakikatnya kalian semua adalah penguat dan pelakon utama. semua, tidak ada yang terkecuali.
Usai Kem 1 Oratorian di Kem Merang semalam, aku tidak nafikan yang ada perasaan baru muncul dan hadir. Selamat datang buat adik-adik yang baru lahir ke dalam keluarga kami. =))

Dan, sepanjang program itu berlangsung, aku sedar. mungkin, inilah kali terakhir aku bersama mereka. kali terakhir bergelak ketawa, kali terakhir bergurau senda, dan kali terakhir mencipta kenangan. Kisah di unisza bakal berakhir tidak lama lagi. perasaan ini muncul lagi, sama seperti saat-saat…