KEM 1 ORATORIAN, SEGAR DAN TERUS KEKAL.

Bismillah..

Setelah sekian lama laman ini sunyi dan sepi dari sebarang berita, tadaaaaaaaaaaa!! Im here. ^^

Alhamdulillah, hampir sebulan lebih berada dalam semester 6. dan tika ini, aku sendiri sedang meraikan detik-detik terakhir disini, menghargai setiap entiti yang hadir dalam kehidupan, dan membina impian dan kenangan untuk dicoretkan dalam diari kehidupan.. ya, walau aku tidak mampu untuk menzahirkan sayang pada semua, tapi hakikatnya kalian semua adalah penguat dan pelakon utama. semua, tidak ada yang terkecuali.

Usai Kem 1 Oratorian di Kem Merang semalam, aku tidak nafikan yang ada perasaan baru muncul dan hadir. Selamat datang buat adik-adik yang baru lahir ke dalam keluarga kami. =))

Semua ini adalah kakak, abang, adik, ibu dan ayah sy di Unisza. 

Dan, sepanjang program itu berlangsung, aku sedar. mungkin, inilah kali terakhir aku bersama mereka. kali terakhir bergelak ketawa, kali terakhir bergurau senda, dan kali terakhir mencipta kenangan. Kisah di unisza bakal berakhir tidak lama lagi. perasaan ini muncul lagi, sama seperti saat-saat terakhir aku ingin meninggalkan Maahad. sedihhhhhh wooooo..

aku sedar, tanpa Orator, siapalah aku. aku bermula dan berpijak di sini dengan nilai yang kosong, zero. dan sekarang, aku yakin, aku sudah mendapat lebih dari apa yang aku mahu. aku sudah menerima banyakkk, berbanding apa yang aku sangkakan. dan aku dianugerahi dengan ahli keluarga yang cukupp cukupp penyayang, prihatin. merekalah yang menggantikan ibu dan ayah saat aku disini. gembira, sedih, gelak, tangis, merekalah tempat mengadu. merekalah yang menjadi sumber kekuatan kala aku disini.

mereka antara penguat dan penyokong.

akhirnya, aku cukup-cukup gembira dan bersyukur kepada Allah kerana aku dianugerahkan olehNya atas kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, teman-teman, juga tidak lupa coach yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu kala aku susah dan senang. 


di kem merang, aku punya kakak dan abang yang cukup penyayang, yang sakan bergelak.di sana juga, aku peroleh adik-adik yang comel-comel dan hebat-hebat belaka. walaupun pada waktu ini, mereka hanya menjadi pemerhati yg bersahaja, tidak banyak cakapnya, dan menjadi ala-ala muslimah gitu, tapi aku yakin dan pasti. suatu hari nanti, mereka pasti akan menjadi seperti kakak2 dan abang2 yang lain, setelah mereka mendapat 'zupppppp' orator nanti. aku pasti. yang penting, teruskan berusaha dan jangan mengalah dengan apa jua cabaran, kita semua dilahirkan hebat. 

walaupun adik-adik tidak sama seperti kak ain, kak yaya, kak fifah, dan senior2 yang lain, tapi mereka ada nilai yang tersendiri. =)

Disini adalah tempat wajib oratorian melakar kenangan >.<

Jungle Tracking!


curlass sangatt adik-adik ni wat gimik gini. >.<

both of them are my mentee. i'm not good, but be better than me yeah =)

we got this! senior-senior yang diraikan. souvenir and kenangan terakhir! thanx for those who wrote for me!

over semuaaa. overrrr! hahaa
yang terakhir, i'm in love with all entities here. sudah berapa kali mengulang lagu sebiru hari ini di bilik, rinduuuuu tau tak. rinduuuuuu dengan semuaaaaaaaaaaaaaaaa detik di sana! takkan lupa, sampai bila-bila kerana setiap kenangan itu telah aku pahatkan di hati, digenggam rapi, dan dilipat kemas. do hear 'sebiru hari ini' kalau rinduu yeeeee uols!

tahniah wafi dan semua ahli pengurusan, kita sudah lakukan yang terbaik, moga Allah pandang usaha kecil ini dan merahmati juga mencatat setiap amalan kita sebagai pahala. Ameen22 =)

sedang tersangat rindu,
Fruitale Syahira a.k.a the exco of food! ^^ weee

13 Januari 2013. Assalamualaikum

Comments

  1. siyes...comel sangtt fatin... hehe.. tahniah .... nampak wahidah dalam entri ni..... kirim salam kat dia yaaa.....saling mendoakan bersama... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP