Posts

Showing posts from February, 2013

KAK AIN, TIBA-TIBA RASA RINDU.

Image
Tidak tahu kenapa, seminggu dua ini banyak perkara yang mengingatkan pada kak ain. sudah habis aku membaca semua entry-entry kak ain di blog. sampai kepada blog mengenai kecintaan kami yang sama, hati aku juga turut merutun pilu, sebak, dan tiba-tiba hati menangis dengan sendirinya. tidak tahu kenapa kecintaan ini sungguh mendalam.
'kalau kak ain yg cakap, mesti org sume akan senyap'. 'kak ain suka pegi pantai'. 'suka dengar kak ain cakap tengganu'. 
teringat perbualan dengan kak hayatun beberapa hari lepas : 'kak hayatun, laptop akk same dengan kak ain. tapi kak ain ade tampal2 kat tepi cursor tu.' 'ye? ingat lagi ye laptop kak ain'. terus rindu membungkam rasa, minda memutarkan kenangan indah, hati menangis.
kak ain, rinduuuu..

Kak Ain. Nurul Ain Mat Rahim. Orang Terengganu yang pekat loghatnya. Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah. Sudah berkahwin, dan punyai seorang anak yang sangat comel. Adam!
Sewaktu awal-awal perkenalan : Seorang kakak ya…

ATHIRAH HARUS KUAT DAN TABAH!

Image
Usai membaca entry terbaru sahabat tersayang athirah, walaupun entry itu sudah 4 minggu berlalu, tapi aku pasti dia masih sedih. 
Untukmu sahabat..

Semoga sentiasa di bawah lembayung dan jagaan Allah. Kau harus kuat dan tabah, kau harus percaya dengan Allah, dan kau harus sentiasa tersenyum dan bersemangat untuk ummah! 
Hatta kita kini dipisahkan dua benua, kita jauhh untuk bersua muka, tapi yakinlah hati kita yang tertaut ini yang mengeratkan persahabatan kita.
Rasa rindu yang bertamu itu biasa, fitrah manusia. Sedangkan baru sehari tidak berjumpa sudah terasa begitu rindu, inikan pula sudah 2 tahun terpisah lama dua benua. 
Athirah,  Ingat, jangan sedih-sedih. we love you here! --> Mama, Ayah, Ayong, Ikram, Afiq, Adik, dan seharusnya si comel and the only one sahabat, fatin! doa kami sentiasa bersama kamu, harapan kami selari dengan citamu, dan bangga kami tidak pernah jatuh dan luntur!
Pastikan nanti, disebalik segala pahit dan sakit yang dilalui hari ini, kau akan gantikan den…

MENGORBAN, DIKORBAN, TERKORBAN – 2013 MENCABAR

Image
Bismillah..
Untuk hari yang begitu indah, untuk saat yang membahagiakan, untuk doa dan ucapan yang menusuk hati, untuk hadiah yang bermakna, dan akhir sekali untuk mereka-mereka yang masih mengingati tanggal 28 Januari, tiada kata lain yang mampu dilahirkan dan diucap.. terima kasih, diri ini sangat sayang kalian.

Keluarga yang aku kasihi dan cinta sepenuh jiwa dan raga, keluarga orator yang sangat aku cinta seluruh entitinya, sahabat seperjuangan diploma undang-undang, sahabat-sahabat ex-ahmadians, adik-adik tersayang, dan semua!
Kisah ini ada sambungannya, terima kasih ya Allah atas semua rasa bahagia dan indah ini. Terima kasih untuk pinjaman ini, Alhamdulillah. ________________________________________________
2013, Kini kau sudah menampilkan wajah, Jika dahulu aku hanya meletakkan impian dan harapan yang ingin aku capai, Tapi hari ini, Rupanya mimpi itu perlu ditukar menjadi realiti, Kemahuan harus untuk diterjemahkan melalui kesungguhan, Dan mahu tidak mahu, tindakan perlu dilipat gan…