ATHIRAH HARUS KUAT DAN TABAH!

Usai membaca entry terbaru sahabat tersayang athirah, walaupun entry itu sudah 4 minggu berlalu, tapi aku pasti dia masih sedih. 

Untukmu sahabat..


Semoga sentiasa di bawah lembayung dan jagaan Allah. Kau harus kuat dan tabah, kau harus percaya dengan Allah, dan kau harus sentiasa tersenyum dan bersemangat untuk ummah! 

Hatta kita kini dipisahkan dua benua, kita jauhh untuk bersua muka, tapi yakinlah hati kita yang tertaut ini yang mengeratkan persahabatan kita.

Rasa rindu yang bertamu itu biasa, fitrah manusia. Sedangkan baru sehari tidak berjumpa sudah terasa begitu rindu, inikan pula sudah 2 tahun terpisah lama dua benua. 

Athirah, 
Ingat, jangan sedih-sedih. we love you here! --> Mama, Ayah, Ayong, Ikram, Afiq, Adik, dan seharusnya si comel and the only one sahabat, fatin! doa kami sentiasa bersama kamu, harapan kami selari dengan citamu, dan bangga kami tidak pernah jatuh dan luntur!

Pastikan nanti, disebalik segala pahit dan sakit yang dilalui hari ini, kau akan gantikan dengan kebahagiaan yang menyelubung rasa. Kegembiraan yang boleh menghapuskan segala duka, dan airmata yang mengalir itu adalah air mata yang cukupp cukup puas! puas setelah berusaha dan berkorban! 

Semoga selamat di sana athirah, ambil dan kutiplah ilmu-ilmu di bumi kinanah. kerana aku pasti, bila kau pulang berbakti, pasti kau akan rindu tarbiyah di sana. walau tanpa akuuu >.< huhu!



p/s : tidak sabar mengetahui tarikh kepulangan athirah yang tabah ini, mahu menghitung hari pula nanti! kalau ada rezeki, jumpa di KLIA! hehe.

Comments

  1. Fatin... Terlalu banyak ko wat aku terharu. Insyaallahh... Aku akn kuat.... Kekuatan y kupinjam ini kerana adanya insan2 tersayang seperti mu disisiku... Syg kmu kerna Allah.. Maaf seandainya sayangku tidk ckup mengatasi sygmu pdku.. Insyaallah. Kita bakal bertmu.. Aminn Ya Robbb loveu ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP