KAK AIN, TIBA-TIBA RASA RINDU.

Tidak tahu kenapa, seminggu dua ini banyak perkara yang mengingatkan pada kak ain. sudah habis aku membaca semua entry-entry kak ain di blog. sampai kepada blog mengenai kecintaan kami yang sama, hati aku juga turut merutun pilu, sebak, dan tiba-tiba hati menangis dengan sendirinya. tidak tahu kenapa kecintaan ini sungguh mendalam.

'kalau kak ain yg cakap, mesti org sume akan senyap'. 'kak ain suka pegi pantai'. 'suka dengar kak ain cakap tengganu'. 

teringat perbualan dengan kak hayatun beberapa hari lepas :
'kak hayatun, laptop akk same dengan kak ain. tapi kak ain ade tampal2 kat tepi cursor tu.' 'ye? ingat lagi ye laptop kak ain'. terus rindu membungkam rasa, minda memutarkan kenangan indah, hati menangis.

kak ain, rinduuuu..


Kak Ain. Nurul Ain Mat Rahim. Orang Terengganu yang pekat loghatnya. Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah. Sudah berkahwin, dan punyai seorang anak yang sangat comel. Adam!

Sewaktu awal-awal perkenalan :
Seorang kakak yang awalnya aku takut untuk menegur, awalnya kelihatan seorang yang sangat garang, tapi rupanya. Dia adalah seorang kakak yang mempunyai hati yang sangat lembut, baik budi, cantik akhlak, periang, tegas dan yang paling penting sekali pandai buat triffle strawberry!




6 sem sudah bakal melabuhkan tirai. cuma ceritera dua sem bersama, tidak mungkin dapat dilupakan. masakan tidak, ada banyak memoir yang dikongsi bersama, ada rasa yang dibongkar. walau tidak banyak masa yang diluang bersama, tapi aku menghargai setiap detik yang ada.





bilalah dapat bersua lagi. Ibu Adam, jangan lupakan kami di sini. We Miss You!

p/s : hati ini sungguh berat untuk meninggalkan satu-satunya keluarga di sini. mereka yang ada tika sedih, gembira, jatuh, bangun. hanya mereka yang aku punya. koubm, moga kalian terus bersinar. tinggal sebulan untuk bersama kalian. sayu bila melihat foto-foto bersama entiti koubm. ini untuk semua.

arghh. kak ain, baru kini aku tahu apa perasaanmu. hoho

assalamualaikum.


Comments

  1. awak. kenape dah lama x update blog? akak pun rindu awk la! kita jumpe time awk konvo nti nak??? :))

    ReplyDelete
  2. eh kak ain! hehe. tak sempat nak update! :p haha. oke, berehh! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP