MENGORBAN, DIKORBAN, TERKORBAN – 2013 MENCABAR


Bismillah..

Untuk hari yang begitu indah, untuk saat yang membahagiakan, untuk doa dan ucapan yang menusuk hati, untuk hadiah yang bermakna, dan akhir sekali untuk mereka-mereka yang masih mengingati tanggal 28 Januari, tiada kata lain yang mampu dilahirkan dan diucap.. terima kasih, diri ini sangat sayang kalian.


Keluarga yang aku kasihi dan cinta sepenuh jiwa dan raga, keluarga orator yang sangat aku cinta seluruh entitinya, sahabat seperjuangan diploma undang-undang, sahabat-sahabat ex-ahmadians, adik-adik tersayang, dan semua!

Kisah ini ada sambungannya, terima kasih ya Allah atas semua rasa bahagia dan indah ini. Terima kasih untuk pinjaman ini, Alhamdulillah.
________________________________________________

2013,
Kini kau sudah menampilkan wajah,
Jika dahulu aku hanya meletakkan impian dan harapan yang ingin aku capai,
Tapi hari ini,
Rupanya mimpi itu perlu ditukar menjadi realiti,
Kemahuan harus untuk diterjemahkan melalui kesungguhan,
Dan mahu tidak mahu, tindakan perlu dilipat gandakan.

Lumrah kehidupan,
Setiap cita-cita menuntut kepada pengorbanan yang begitu tinggi.

Tatkala teman lain sibuk menelaah pelajaran,
Berjimba-jimba di kota raya,
Selesai meng’khatam’kan cerita-cerita & video terkini,
Tiap malam bercerita tentang ‘future’,
Saban waktu membuat nota untuk final..


Tapi aku..
‘Kalau dah jadi oratorian, masa anda bukan seperti kawan2 yang lain’.
Betul, dan aku akui..

Tiap jumaat pagi dan malam yang di isi dengan latihan debat,
Tapi teman yang lain sedang seronok beristirehat di bilik.

Waktu kawan-kawan sibuk menghafal dan membuat nota untuk test esok,
Jam 12.00 malam aku masih di café,
Berlatih bersama mereka.

Kadangkala, 1-2 pagi baru sudah,
Letihh.. sape cakap tak letih,
Tapi aku cintakan medan ini,
Cinta yang hadir tanpa dipaksa, lahir secara tiba-tiba.
Aku tidak tahu kenapa rasa ini sebegitu dalam.

Walau hakikatnya ada ketika aku mahu tinggalkan dan berhenti,
Jujur ada satu suara yang membisik,
‘Jangann.. ini cinta kau, ini minat kau, ini keluarga kau. Teruskan!’

Dan itulah jawapannya kenapa aku masih kekal begini,
Menjadi seorang yang luar biasa dari yang lain,
Aku mahukan ilmu,
Aku mahukan pengalaman,
Aku mahu menjadi penilai dan penganalisis yang bagus,
Aku mahu menjadi pendebat yang baik dan berjaya,

Aku mahu mencapai impian dan cita-cita ini!

Ya,
Sekalipun impian ini wujud dalam hati,
Aku tidak nafikan,
Cita-Cita dan impian yang tunggal dan utama,
Aku masih pegang.

Cita-cita mahu menjadi seorang peguam,
Impian mahukan kejayaan dalam pelajaran,
Harapan mahu gembirakan ibu ayah atuk dan keluarga,
Semua ini aku mahu capai.

Cuma mungkin,
Kekangan-kekangan sentiasa wujud.

Di pertengahan jalan, aku pasti akan tersungkur,
Pada mulanya langkah laju,
Larian pantas dan kemas,
Bila menjadi semakin yakin dan bersemangat,
Aku tidak nampak ada batu di hadapan,
Ouchhhhh, sakitttt!
Jatuh, darah mengalir laju, air mata lantas jatuh berderaian..

Mereka sudah meninggalkan aku,
Aku tidak mampu lagi berdiri,
Tapi tiada siapa yang mahu menolong,
Jika aku sendiri tidak bangun dan teruskan pelarian.

Dan akhirnya,
Dek semangat yang awalnya tadi masih wujud,
Walaupun dipatah-patah dengan kejatuhan,
Walaupun hangatnya darah masih mengalir di tubuh,
Walaupun rasa sedih dan kecewa itu tidak boleh dihilangkan,
Aku berjaya menghabiskan langkah ke garisan penamat,

Kerana matlamat aku,
Untuk tiba ke garisan penamat,
Walaupun tanpa kejayaan.

berangan tengah consult dengan client. lalalala~
Maka sama juga dengan sekarang,
3 tahun sudah hampir tamat,
Perlawanan ini semakin tiba pada penentunya,
Banyak sakit, perit dan bahagia berjaya ditempuhi,
Jatuh dan bangun,
Sehingga aku merasakan dan mengiyakan,
Langit itu sememangnya benar-benar tinggi,
Tapi tidak semestinya kita tidak boleh ke sana.

Aku memang akui,
Kadang-kadang aku tertanya sendiri pada diri,
Betulkah apa yang aku lakukan?
Effort yang sedikit, tanpa ada hasil.
Bila kecewa, aku menangis.
Apa sebenarnya yang mahu aku capai?

Salahkah aku untuk penuhkan masa dengan perkara yg berguna,
Salahkah aku menghabiskan sisa-sisa masa ini,
Ibu ayah, salahkah along?
Salahkah aku..

Aku rindu pada fatin yang semangatnya sungguh tinggi,
Aku rindu pada fatin yang dahulunya kekuatan cukup menebal,
Aku rindu pada fatin yang tangis itu bukan sekadar tangis,
Aku rindu pada fatin yang kecewa menjadi pembakar diri,
Dan..
Aku rindu pada fatin yang dalam waktu gundah dan sedih,
Masih mampu memberikan senyuman untuk kebahagiaan lain.

Belajar no 1, tapi Debat bukan no 2,
Taqdimul Aham Minal Muhim,
Walau ada yang menjadi penghalang,
Walau banyak kali kau kecewa,
Walau ramai yang menghina,
Cita-cita itu harus tersemat di mata,
Supaya akan ada kemahuan di hati,
Akhirnya melahirkan kesungguhan yang berlipat ganda.


'Aku sedar bukan mudah untuk menggapai mimpi indah,
pernah suatu ketika dulu ku punya harapan besar,
tapi aku tak pasti, dapatkah ku miliki..'

Royal Fighters,
Perlu lebih banyak berkorban dan terpaksa dikorbankan sementara,
Masa, wang ringgit, tidur, facebook, blogging,
Dan masa yang sama,
Mungkin akan ada yang terkorban.

Bukan suka mahu korbankan,
Tapi..
Percaya atau tidak,
Tanpa pengorbanan,
Cita-cita itu tidak akan diraih dengan sewenangnya.

Kalau kita tidak merasa panasnya terik matahari di padang,
Bagaimana mahu kita rasakan sejuk dan redupnya di rendangan pokok,
Kalau kita tidak berjaga malam untuk membaca buku,
Bagaimana nak dapatkan A dalam subjek tu.

Segar di ingatan kata-kata seorang sahabat,
‘Kendatipun mereka menyerang, aku tetap bertahan!’


Keluar dari zon selesa! Percaya Pada Diri ! Setiap cabaran jadikan penyuntik semangat! Usaha dan terus berusaha! Bersangka baik dengan setiap percaturan Allah, Dia sudah tentukan yang terbaik untuk setiap hambanya.

# Aku sedang menyediakan ketahanan fizikal dan mental untuk semua ini. Belajar, Debat, dan MyFityan.Com. Usaha untuk membangunkan ummah, moga Allah berkati.

Selamat malam, Assalamualaikum. 
2.30 am | 2 Februari 2013.



Comments

  1. Teruskan bersemangat fatin.! Anis doakan dari sini :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak , penulisan yg sangat baik :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP