SAHABAT ITU 3S !


Persahabatan itu sebuah cinta. Cinta yang perlu di isi dengan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan, kesediaan, dan keikhlasan! 

Dengannya di sisi, perjuangan ini, telah diharungi bertambah murni, kasih Illahi.
Kepadamu Allah ku panjatkan doa, agar berkekalan kasih sayang kita. 
Kepadamu Teman, ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian. 

Lagu Teman Sejati by Brothers yang sering mendapat tempat berdendang di telinga aku. Benar, bukan mudah mencari seorang teman yang Sejati. Tapi bila dah ada yang mahu, hargailah kerana peluang tidak datang berkali-kali.


Sahabat. Bukanlah yang sentiasa disisi atau yang selalu membuatmu tersenyum. tapi sahabat adalah seseorang yang mampu mengembalikan senyuman di bibir tatkala dilanda keresahan dan kebuntuan. Benar bukan mudah untuk peroleh sahabat yang benar-benar ikhlas, yang sanggup berkorban apa sahaja, yang tidak memikirkan soal kesibukan kerjaya atau harta, dan yang menerima kamu seadanya. 

Andai terjumpa, hargailah. 

Fitrah seorang manusia yang menuntut kepada kesempurnaan, yang mahukan seseorang yang terbaik menemani hidup penuh ranjau. Namun tiada manusia yang sempurna, langsung tiada cacat cela. Andai itu yang dipinta oleh manusia dalam mencari Teman Sejati, hilanglah salah satu Kegembiraan Dunia yang sepatutnya dinikmati, iaitu peroleh sahabat di dunia.


Sahabat itu 3S!

1- Sayang 

Bila bersahabat, penuhilah dan hiasilah persahabatan dengan kasih sayang yang berpanjangan. Tegur bila ada yang salah, nasihat bila terleka, pinjamkan bahu dan telinga bila diperlukan, dan pimpin sahabat ke jalan Jannah (Syurga) !

2- Setia

Setia tidak semestinya pada yang satu. Tapi setia dalam bersahabat adalah sentiasa bersama kala susah dan senang, ada bila diperlukan, dan mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri, walaupun masih punya ramai lagi sahabat lain.

3- Selamanya

'Sahabat untuk selamanya, kau dan aku sahabat, untuk selamanya, selama-lamanya, setiaaa'. - UpinIpin. 
Persahabatan yang terjalin bukanlah sekejapan cuma, namun hingga hujung nyawa, walau terpisah dua benua, dan ianya sampai syurga !

Terima Kasih Semua. Uhibbukunna Fillah !


Untuk semua yang bergelar Sahabat! 

Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka, 
Setiap tangisan dan juga ketawa,
Kau ada dikala ku perlu, setia menemaniku, 
pegang eratku bila aku jatuh,
kau lah yang selalu, selalu menemaniku,
mendengar kisah pahit manis hidupku,
kaulah yang disitu, setia menunggu,
kaulah yang satu menjadi Sahabatku !

p/s : Seorang lagi sahabat yang mungkin tiada dalam gambar. Asri, juga seorang sahabat yang baik. Pendengar yang setia, dan selalu memberi semangat dan dorongan kala ujian menyapa. Menariknya, dia akan selalu ada dan muncul tika aku ada masalah, walaupun tanpa diberitahu waktu itu aku memerlukan seseorang. Surprising me definitely! Terima Kasih Asri menjadi sahabat dunia dan akhirat aku. Cepat-cepatla balik Malaysia, terasa kehilangan satu dari puzzle sahabat sahabat aku. >.< Cepat balik, cepat kahwin! Aku nak jadi orang pangkal ! haha.

Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP