UJIAN HIDUP

Bismillah, Assalamualaikum..


Ujian hidup.
bila bercakap tentang ujian hidup, ya tentulah sesuatu yang membebankan dan bermasalah. tapi perkara yang membahagiakan dan menyenangkan juga adalah ujian hidup sebenarnya secara tidak sedar. terpulang pada diri sendiri, bagaimana untuk menangani.

setiap orang ada masalah yang tersendiri. setiap orang ada saat getir dan perit yang perlu dilalui. masalah belajar, masalah tak cukup duit, masalah kawan-kawan, masalah keluarga, malah untuk berhadapan dengan orang ramai juga menjadi masalah! dari sekecil perkara, sehinggalah sebesar-besar perkara yang sangat merumitkan dan menyesakkan dada.

pasti semua akan melalui. dan masing-masing akan mempunyai pengalaman tersendiri. baik berlaku pada diri sendiri, ataupun pada rakan-rakan yang lain, yang akhirnya jadikan ia sebagai iktibar dan pengajaran. 

kebiasaannya, bila kita ada masalah, family lah tempat mengadu. tapi jika tak sesuai untuk diceritakan, kawan-kawanlah tempat meluah dan peminjam bahu. namun kawan-kawan tidak bersama selamanya, akhir sekali kita perlu bergantung pada diri sendiri, membuat keputusan, harung dan hadapi kesannya!


yang pasti,
bila kita ada masalah yang tersangat membebankan fikiran, carilah seseorang sebagai pembimbing, pendengar dan penasihat, supaya diri tidak terumbang ambing. sebab ada ketika, walau seteguh manapun kekuatan, walau setekal manapun tekad, kita pasti akan tersungkur, kita pasti akan terjatuh, kita pasti akan tersesat walau sesaat. 

cumanya, kekuatan itu tetap dari diri sendiri, kekuatan itu tetap disalurkan oleh Allah! mohonlah petunjuk dariNya dalam setiap kesulitan dan kesusahan. istikharah dalam melakukan keputusan. percaya dan yakin pada diri untuk setiap yang diberikan. 

senyuman adalah ubat terbaik.
gelak tawa tak semestinya sedang bergembira,
mungkin sedang menyembunyikan duka dan lara.~




p/s : terima kasih afiqah dan syahir untuk hari ini. terima kasih menjadi pendengar yang setia. sungguh, aku sangat-sangat memerlukan seseorang sebenarnya.

~dan ini bukan perihal cinta, ini tentang 'mereka' yang bermakna dan penting dalam hidup aku sebenarnya. ya, mereka. bukan dia.

*SELAMAT HARI LAHIR NURFATIN SYAHIRA ZOLKAFLI YANG KE-22. (28 Januari 1992) semoga lebih matang dan bertambah dewasa! berfikir secara luas, change ur own paradigm!

wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP