Posts

Showing posts from 2017

TEMAN HIDUP

Image
Assalamualaikum.
Untuk menjadi teman hidup, syaratnya bukan harta, bukan juga pangkat dan nama,
sebaliknya, kau perlu ada kebesaran jiwa, keikhlasan hati untuk menerima seadanya, memberi dan menerima dengan sepenuh rasa,
Untuk menjadi teman hidup, bukan kau perlu mencari yang sempurna, namun, saling melengkapi antara satu sama lain, sehingga sama-sama menjadi sempurna, agar mahligai cinta yang diidam dan didamba, kelak menjadi istana yang indah di dunia, moga juga di syurga..
Kerana sempurna itu tidak terletak pada mata zahir manusia, Ia hadir pada hati sang pencinta yang setia, Setia pada cinta, bukan pada sempurna.
Untuk menjadi teman hidup, Kunci nya pada jujur, ikhlas dan setia.

p/s: -Kisah kita akan menjadi kisah yang indah. Tidak adil rasanya kita memaksa seseorang menerima kita yang tak ubah seperti peminta sedekah dan penagih kasih, sedangkan dihatinya sudah ada yang lain bertakhta. Setelah separuh dekad, ia akan kekal menjadi kenangan terindah. 

TAKDIR CINTA 7

Image
Assalamualaikum.

Ada yang kata,
bila kita terima kelemahan orang lain dalam hidup,
hati akan tenang dan nampak yang indah.

Sudah hampir separuh dekad,
bukan setakat hati yang disiat-siat,
bahkan jiwa dan jasad juga bagai dipijak-pijak,
terkadang seperti melayang jauh,
hancur dan musnah segala harapan dan impian yang dibina.

Adakala ia juga menjadi pengubat,
untuk kesakitan yang di alami.
Masakan pokok bergoyang jika tiada angin.......


Jujur..
Aku sudah tidak kuat untuk teruskan semua ini.
Aku sudah tidak kuat untuk terus ke hadapan di medan tempur.
Aku sudah tidak kuat untuk terus membina tembok sedangkan engkau memusnahkan.
Aku sudah tidak kuat untuk untuk menyemai benih, sedangkan engkau hancurkan.


Tinggal menunggu masa.........


#since2012💕