TEMAN HIDUP

Assalamualaikum.

Untuk menjadi teman hidup,
syaratnya bukan harta,
bukan juga pangkat dan nama,

sebaliknya,
kau perlu ada kebesaran jiwa,
keikhlasan hati untuk menerima seadanya,
memberi dan menerima dengan sepenuh rasa,

Untuk menjadi teman hidup,
bukan kau perlu mencari yang sempurna,
namun,
saling melengkapi antara satu sama lain,
sehingga sama-sama menjadi sempurna,
agar mahligai cinta yang diidam dan didamba,
kelak menjadi istana yang indah di dunia,
moga juga di syurga..

Kerana sempurna itu tidak terletak pada mata zahir manusia,
Ia hadir pada hati sang pencinta yang setia,
Setia pada cinta, bukan pada sempurna.

Untuk menjadi teman hidup,
Kunci nya pada jujur, ikhlas dan setia.


p/s:
-Kisah kita akan menjadi kisah yang indah. Tidak adil rasanya kita memaksa seseorang menerima kita yang tak ubah seperti peminta sedekah dan penagih kasih, sedangkan dihatinya sudah ada yang lain bertakhta. Setelah separuh dekad, ia akan kekal menjadi kenangan terindah. 

Teman Hidup yang setia dengar nanges, marah, meroyan... THANKS! #ammaradikakak 💕

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad