TERIMA KASIH UNTUK 5 TAHUN

Assalamualaikum..

Terima kasih untuk kenangan sepanjang bersama.
Tidak pernah walau sesaat untuk melupakan setiap kenangan dan memori walau sudah 6 bulan kita tidak bersua.
Mungkin orang kata aku sudah gila.
Tetapi, hakikatnya aku hanya membiarkan masa terus berlalu,
bagi membuang segala rasa yang ada.

Tuhan tarik kau seorang,
tetapi Dia gantikan dengan lebih RAMAI orang yang sentiasa dihati.
Tuhan tarik cinta kita,
tapi aku Percaya satu hari nanti Dia akan gantikan dengan Cinta yang lebih bahagia.

Untuk kau..
Semoga kau berjaya mencari kebahagiaan..
Semoga Tuhan sentiasa melindungi kau dan merahmati kau..

Aku?
Aku sedang mencari kebahagiaan dalam hidup.
Mencari bahagia bukan hanya dengan cinta pasangan.

😉

p/s ; adik saya. post ni bukan untuk dia. tapi dia tahu siapa yang ditujukan untuk post ini.

Comments

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!